Gosip bertebaran mendakwa seorang pelakon wanita senior kerap mengganggu rumah tangga orang lain hingga hampir bercerai-berai.

BERITA TRENDING: Wanita Seronok Jadi Penyondol, Tapi Tak Setuju Poligami - “Saya Boleh Bagi Apa Wife Dia Tak Boleh Bagi"

Menerusi laporan Melodi, seorang wanita tidak dikenali tampil mendedahkan kisah pelakon wanita terbabit.

"Saya cerita untuk kebaikan, kawan saya dah lama terseksa. Saya tak boleh tengok kawan saya menderita dengan apa yang pelakon wanita senior itu telah buat.

"Ayah kawan saya ni dah macam angau dengan pelakon tu, tak tahulah kena ‘mandrem’ ke apa ke sebab dia ikut je apa kemahuan pelakon tu. Dia bagi duit dan sebagainya.

"Dia banyak main kisah air mata dan banyak kisah buruk yang korang tak tahu," katanya.

Bukan mahu membuka aib, kata wanita tersebut dia sudah penat melihat kesengsaraan terhadap keluarga kawan baiknya itu.

"Saya cerita ni bukanlah sebab nak buka aib tapi supaya tak terjadi kepada orang luar. Mungkin nampak dia macam nak kasihan je tapi rupanya dia perempuan bertopengkan syaitan.

"Dia siap minta duit bapa kawan saya untuk buat perniagaan sampai habis duit dia.

"Pada pelakon tu, bertaubatlah sebab apa yang awak buat ni salah. Jangan nak musnahkan rumah tangga yang dibina," ujarnya lagi.