,
Laman Utama

Wanita Seronok Jadi Penyondol, Tapi Tak Setuju Poligami - “Saya Boleh Bagi Apa Wife Dia Tak Boleh Bagi"

Mya Amri
27/11/2023
09:55 MYT
Perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Yaya mengaku dirinya merupakan penyondol atau orang ketiga mengundang rasa geram netizen.
Yaya mendedahkan perkara itu dalam segmen 3 Pagi ERA yang dikendalikan oleh penyampai radio berkenaan iaitu Radin, Azad dan juga Nabil Ahmad.
Menerusi panggilan telefon, wanita itu berkongsi cerita mengenai kisah percintaannya yang sedang bahagia dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Menurut Yaya, lelaki berkenaan terlihat bahagia bersama isterinya menerusi posting di media sosial namun hanya dia sahaja yang tahu hakikat sebenar kisah teman lelakinya itu.
“Takut topik ni sebenarnya tetapi saya sebagai orang ketiga, saya pun malu nak mengaku tapi disebabkan cinta tu saya rasa siapa siapa yang berada di tempat saya pun mungkin dia rasa benda yang sama.
“Pada saya macam partner saya, dia dengan isteri dia saya tahu memang sosial media dekat IG semua hebat, gempak, memang anak beranak semua happy pergi sana sini tapi hakikatnya saya sahaja yang tahu betapa deritanya partner saya tu dengan isteri dia,” ujarnya.
Malah pengakuan Yaya yang mengatakan dia seronok menjadi orang ketiga juga membuatkan Radin tergamam.
“Tapi mungkin sebab belum rezeki mereka untuk berpisah, saya tak tahulah. Tapi saya suka dengan apa yang saya buat ni,” katanya ringkas.
Bagaimanapun ketiga ditanya mengenai status hubungannya, Yaya menjawab dia masih belum berkahwin dengan lelaki itu kerana tidak mahu berpoligami.
“Belum lagi sebabnya saya pernah cakap dengan dia, kalau betul awak nak dekat saya, sebab saya tak nak berpoligami, bukan sebab saya tak tahu dia mampu atau tidak, tapi sebab saya tak suka kongsi.
“Tapi sebab saya tahu saya boleh bagi apa yang wife dia tak boleh bagi. Setengah orang boleh tipu, kita mesti nak tunjuk kita happy depan semua orang tapi hakikatnya kita sahaja yang tahu.
“Kalau dia boleh bagi apa yang saya nak why not? Saya tak kisah poligami tapi bukan untuk saya. Untuk orang lain okay kot tapi bukan saya,” tegasnya.
Berikut merupakan perbualan penuh Yaya di segmen 3 Pagi ERA.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol

gempak
13/11/2024
13:59 MYT
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
Hiburan

"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

gempak
08/11/2024
16:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana memohon orang ramai agar tidak mendoakan keburukan ke atas dirinya hanya disebabkan geram dengan watak penyondol bernama Intan dalam drama popular Andai Tiada Dia.
Hiburan

Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga, Idzham Ismail Pernah Letak Tiga Syarat Sebelum Bekas Isteri Kembali Bekerja Sebagai Pramugari - "Kami Cuba ..."

gempak
06/11/2024
00:45 MYT
Jelas Idzham, perceraian yang berlaku dengan bekas isterinya disebabkan tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
Hiburan

Pilih Jadi Penyondol, Elvina Mohamad Akui Wanita Sekarang Pilih Jalan Singkat Nak Hidup Mewah - "Mereka Tak Tahu Realiti Sebalik…”

gempak
05/11/2024
04:55 MYT
Namun, bagi pelakon yang popular menerusi drama Seadanya Aku, mereka yang memilih jalan singkat ini tidak tahu realiti sebalik kehidupan perkahwinan itu.
Hiburan

"Nak Jadi Penyondol Tak Perlu Cantik, Cuma Perlukan Lelaki Yang Tak Reti Bersyukur" - Mimi Lana

gempak
31/10/2024
07:25 MYT
Pelakon jelita Mimi Lana mencuri perhatian menerusi kapsyen terbaharu di Instagramnya, berkongsi tentang penyondol.
Unitar