Berita

Pelancong Dari Wuhan Sah Koronavirus, Menjadikan 19 Kes Di Malaysia!

gempak
Fiza Kamarudin
14/02/2020
09:06 MYT
Sponsor Banner
Pelancong Dari Wuhan Sah Koronavirus, Menjadikan 19 Kes Di Malaysia!
Seorang pelancong dari Wuhan, China yang merupakan anak kepada kes ke-16 dan rakan kepada kes-14 yang positif koronavirus (Covid-19), mengalami nasib sama apabila dijangkiti penyakit tersebut.
Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memaklumkan terdapat satu lagi kes baharu Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang dilaporkan dikesan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan setakat ini adalah sebanyak 19 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, wanita berusia 39 itu kini dirawat di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur.
“Mangsa terbaru bersama-sama empat individu yang lain tiba di Malaysia dari Wuhan, China pada 25 Januari 2020.
“Sebaik sahaja dua kes terdahulu dikesan positif (iaitu kes-14 dan kes-16) pada 5 Februari dan 7 Februari 2020, wanita terbabit turut diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan,” katanya.
Menurutnya, hasil aktiviti pemantauan yang dijalankan secara berterusan ke atasnya oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mendapati mangsa terbaru itu mula mengalami gejala demam dan batuk pada 12 Februari 2020.
“Wanita itu kemudian dirujuk ke HKL untuk dimasukkan ke wad bagi menerima rawatan dan siasatan selanjutnya.
“Ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19 yang dijalankan ke atasnya dilaporkan positif pada hari yang sama. Dia kini dimasukkan ke wad isolasi di HKL dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.
Sumber: Harian Metro Foto: Carian Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live