Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pelanggan Tersilap Bayar Makanan RM26.60 Jadi RM2,660, Pemilik Kedai Mahu Pulangkan Duit

Umirah Halim
04/09/2024 15:55 MYT
Sebuah restoran tempatan mendapat perhatian ramai baru-baru ini apabila seorang pelanggan secara tidak sengaja memindahkan duit sebanyak RM2,660.

Tersilap transfer

Apa yang mengejutkan apabila makanan yang dibeli hanyalah berharga RM26.60.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook restoran terbabit, memaparkan tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ketika pelanggan tersebut membuat pembayaran.

Susulan itu, pihak restoran meminta bantuan orang ramai bagi mengesan siapakah pelanggan tersebut.

“Adakah ini anda? Anda telah tersilap QR membayar kami RM2,660 untuk bil RM26.60 anda.

“Bantu kami mencarinya supaya kita boleh pulang balik baki kepada mereka! Kita ni bukan Botak Omakase,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Isteri Kedua Didakwa Mahu Bolot Harta, Ini

​BERITA TRENDING: Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak - “The Day I Got Married, Saya Ingat Dia Akan Jadi Milik Saya Selamanya…

​BERITA TRENDING: Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri

​BERITA TRENDING: Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pihak restoran tersebut telah memaklumkan telah memulangkan semula duit pelanggan itu.

“Duit sudah dikembalikan kepada owner. Thankyou semua!,” tulisnya.

#Bayar #Kedai #Pelanggan #Salah #Pemilik #RM26 #60