,
Viral

Pelanggan Wanita Tumbuk Juruwang Hamil: “Saya Tidak Tahu Apa Salah Saya…”

Maliah Surip
11/03/2024
08:20 MYT
Perkongsian video seorang juruwang wanita yang sedang hamil menjadi tular di Facebook selepas mendedahkan dirinya telah ditumbuk sehingga cedera oleh seorang pelanggan wanita pada Sabtu lalu.
Menerusi maklumat yang dikongsikan mangsa dalam Facebook miliknya atas nama Zuriani Mahmood, video tersebut memaparkan seorang juruwang hamil ditumbuk seorang pelanggan wanita sehingga lebam di muka dalam kejadian di sebuah pasar raya di Southkey, Johor Bahru.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 3.17 petang semasa pelanggan wanita terbabit mahu menjelaskan bayaran di kaunter.
Menurut Zuriani, 25, kejadian berlaku semasa membuat pembayaran dan wanita tersebut mahu memulangkan satu barang yang dibelinya namun dia meminta pelanggan terbabit menunggu kerana pembelian itu sudah masuk ke dalam sistem.
Bagaimanapun kata Zuriani, pelanggan wanita tersebut dengan tiba-tiba memarahinya dengan nada tinggi dan selepas pembayaran dibuat telah menumbuk mukanya sehingga mengakibatkan bengkak, lapor Kosmo!.
Dakwanya, tumbukan tersebut menyebabkan bahagian bawah mata sebelah kiri bengkak sebelum membuat laporan di Balai Polis Majidee di sini pada hari yang sama.
“Aku tak tahu apa salah aku sedangkan aku dah terangkan, tapi kau tetiba melenting,”tulisnya.
“Report dah dibuat, tunggu tindakkan dari polis je. Maruah aku tercalar ya sebagai seorang ‘cashier’ bila ‘cust’ (pelanggan) buat macam ini depan ramai orang. Sedangkan itu salah sendiri.
“Kalau setakat gaduh mulut, boleh terima lagi. Tapi kau siapa untuk naik tangan dekat muka aku!!! Aku sertakan gambar dan ‘cctv cust’.
Zuriani turut berkata, dia tidak akan memaafkan individu terbabit kerana dia sedang mengandung.
“Aku memang takkan maafkan orang macam ini ya! Aku tengah mengandung, kau sentuh-sentuh aku. Aku takkan tarik report ya, aku sumpah kau.
“Kes ‘viral’ dan ‘share’! Supaya orang lain boleh berhati-hati dengan ‘cust’ spesies macam ni, ‘be alert’! Sesiapa kenal boleh la ‘tag’ dia kat ‘post’ ni,”katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

BERITA TRENDING: "Jangan Tunjuk Samseng" - Netizen Bengang Tengok Pemandu Lori Tumbuk Anggota JPJ

BERITA TRENDING: Kes Tumbuk Pipi: "Saya Harap Diadili Sebaiknya Oleh Mahkamah" - Shuhada

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tengah Syok Basuh Pinggan, Ryzal Ibrahim Terkejut Dapat Tahu Maryam Hamil Baby Kedua! Comel Bila Anak Siap Tunjuk Bukti

gempak
02/11/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial, Maryam Younarae melahirkan rasa syukur apabila dia kini hamil anak kedua.
Hiburan

Usia Sudah 44 Tahun, Model Gisele Bundchen Hamil Lagi Selepas Sedekad

gempak
29/10/2024
13:55 MYT
Model terkenal Gisele Bundchen dilaporkan hamil anak pasangannya, Joaqium Valente pada usia 44 tahun.
Hiburan

Menang Kes Mahkamah, Shakila Saiful Bawa Diri - "Saya Berhijrah Ke Tempat Lain Untuk Pulihkan Hati, Jiwa & Minda"

gempak
29/10/2024
03:35 MYT
Pelakon dan model Shakila Saiful memaklumkan dia perlu berhijrah keluar dari Malaysia buat sementara waktu bagi memulihkan dirinya.
Viral

Alice Chang Dakwa Kini Hamil Anak Kepada Suami Orang Berstatus Datuk Seri – “Kami Baik Saja, Hubungan Kami Stabil”

gempak
24/10/2024
08:00 MYT
Adik beradik Chang kontroversi Adeline dan Alice tiba di Mahkamah Sepang pagi ini dengan menaiki e-hailing.
Hiburan

Minum Susu Ikhtiar Hamil, Ramai Doakan Janna Nick Timang Cahaya Mata… Tuan Badan: “At This Point Ikhtiar Je Apa Cara Sekalipun”

gempak
19/10/2024
14:20 MYT
Pelakon dan pengacara, Janna Nick mencuri tumpuan apabila membuat kejutan hari jadi kepada suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann, baru-baru ini.
Unitar