Pelawak Mati Dibunuh Selepas Bertemu Teman Wanita Atas Talian
Maliah Surip
15/12/2023 00:55 MYT
15/12/2023 00:55 MYT
Seorang pelawak terkenal Amerika Syarikat, Tou Ger Xiong ditemui meninggal dunia pada 11 Disember lalu di Medellin, Colombia.
Namun pelarian Laos berusia 50 tahun tersebut tidak dapat dihubungi sebelum abangnya, Eh Xiong memaklumkan kehilangan lelaki tersebut kepada pihak berkuasa, lapor Vice News.
Menurut abangnya, pelawak tersebut menghubunginya dan meminta wang sebanyak $2,000 (RM9,400). Dia mengirimkan wang namun tidak mendapat respons daripada Ger Xiong dan mengambil keputusan menghubungi rakan sebilik adiknya.
Rakannya memaklumkan menerima panggilan telefon dari Ger Xiong yang mendakwa diugut dengan pistol diacukan kepadanya.
Selepas kehilangan Ger Xiong dilaporkan, pihak berkuasa tempatan menjalankan pencarian sebelum menemui pelawak tersebut di tepi gaung dengan banyak kesan tikaman pada seluruh badannya.
Dia dipercayai mungkin telah diperdaya oleh penjenayah yang menyamar dalam aplikasi jodoh atas talian dan dirompak lalu dibunuh selepas cuba melarikan diri.
BERITA TRENDING: Influencer Bunuh Anak, Sorok Mayat Dalam Almari
Ger Xiong yang juga merupakan aktivis diketahui pergi ke Medellin pada 29 November lalu untuk bertemu seorang wanita yang dikenali secara atas talian.Namun pelarian Laos berusia 50 tahun tersebut tidak dapat dihubungi sebelum abangnya, Eh Xiong memaklumkan kehilangan lelaki tersebut kepada pihak berkuasa, lapor Vice News.