Laman Utama

Pengarah Terkenal, Isteri Ditemui Maut Di Rumah Dengan Banyak Kesan Tikam

gempak
Maliah Surip
17/10/2023
09:45 MYT
Sponsor Banner
Pengarah Terkenal, Isteri Ditemui Maut Di Rumah Dengan Banyak Kesan Tikam
Pengarah terkenal Iran, Dariush Mehrjui ditemui tidak bernyawa bersama isterinya, Vahideh Mohammadifar di kediaman mereka di Tehran.
Pasangan suami isteri tersebut ditemui dengan banyak kesan tikaman pada bahagian leher. Dariush meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Mayat pengarah dan isterinya itu ditemui oleh anak perempuannya, Mona. Mona dilaporkan datang ke kediaman ibu dan bapanya selepas dijemput untuk menikmati makan malam.
Namun sebaik tiba di kediaman mereka sekitar satu jam setengah selepas mendapat pesanan ringkas untuk makan malam, Mona menemui kedua-dua ibu dan bapanya sudah meninggal dunia dengan banyak kesan tikaman.
Menurut pihak berkuasa, tidak ada sebarang tanda pecah rumah seperti pintu diumpil atau kesan pergelutan dikesan. Namun polis telah menahan empat individu yang disyaki mampu menyelesaikan kes jenayah tersebut, lapor The Guardian.
Terdahulu Vahideh yang merupakan seorang pereka busana dan penulis layar lebar ada membuat laporan rumah mereka dipecah masuk selain menerima ugutan.
Kematian Dariush yang terkenal dengan karya dark comedy berjudul Hamoun yang diterbitkan pada tahun 1990 mengejutkan bukan hanya peminat tetapi juga karyawan seni dan barisan menteri.
Dariush disifatkan sebagai pengarah yang pernah membawa revolusi baru dalam dunia perfileman Iran dan pemergian tragisnya adalah sebuah kehilangan besar untuk industri dan negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live