Isteri kepada Izzue Islam, Awin Nurin bersedih apabila ada pihak menuduhnya menggunakan khidmat bomoh untuk memikat dan berkahwin dengan penyanyi dan pelakon itu.

Netizen tersebut membuat dakwaan tersebut kerana tidak boleh menerima hakikat Izzue boleh jatuh cinta dengan wanita sepertinya.

“Pelik, macam mana Izzue Islam boleh jatuh cinta dekat kau hahaha tak sesuai langsung kot.
“Sebenarnya kau pergi bomoh kan? Haha betul tak ?

“Memang betul lah kan, pergi bomoh nak bagi Izzue suka dekat kau dan kahwin sampai sekarang
“Hek eleh, sedarlah diri tu sikit,” tulis seorang netizen kepada Awin.

Awin menerima mesej peribadi itu menerusi Instagram dan memuat naik kembali paparan skrin itu di kemas kini terbaharunya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata meminta agar Awin terus tabah dan pedulikan netizen tersebut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013 dan mereka masih menanti kehadiran cahaya mata.

#untiltomorrow ?

A post shared by MRS IZZUE ISLAM (@awinnurin) on