Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Peluk, Cium Pelajar Perempuan 12 Tahun, Polis Tahan Guru Penolong Kanan

Awani
15/10/2024 12:55 MYT
Polis menahan seorang Guru Penolong Kanan sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak, bagi membantu siasatan kes cabul terhadap seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, guru berumur 37 tahun dan masih bujang itu ditahan pada Jumaat, susulan laporan yang dibuat ibu mangsa kira-kira jam 3 petang, hari yang sama.

Menurutnya, ibu mangsa yang berumur 47 tahun dalam laporannya mendakwa, anak perempuannya telah dipeluk dan dicium di bahagian mulut serta menerima gambar tidak senonoh daripada guru berkenaan.

Bertindak atas maklumat berkenaan, Azizi berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah membuat tangkapan ke atas satu lelaki warga tempatan yang berumur 37 tahun untuk siasatan lanjut.

“Hasil semakan rekod jenayah ke atas tangkapan didapati tiada rekod jenayah sebelum ini ataupun rekod dadah.

“Permohonan reman ke atas subjek, dibenarkan oleh Majistret Ipoh selama enam hari bermula 12 Oktober 2024 sehingga 17 Oktober 2024 bagi siasatan lanjut,” kata Azizi.


Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Isnin.

Azizi berkata, berdasarkan siasatan awal, guru itu berkhidmat di sekolah berkenaan sejak lapan bulan lalu dan telah melakukan perbuatan tersebut beberapa kali.

Mengulas lanjut, Azizi berkata, setakat ini terdapat seorang mangsa sahaja dan pihak polis sedang menyiasat sama ada terdapat mangsa lain.

Kes berkenaan, jelas beliau, disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat, jika sabit kesalahan.

BERITA TRENDING: Adam Shahz Nafi Kediaman Diduduki Merupakan Pejabat & Rumah Perlindungan - “Alamat Yang Saya Guna Hanya Untuk…”

BERITA TRENDING: Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

BERITA TRENDING: 18 Tahun Bersama, Fazley Yaakob Sah Cerai - “Semoga Dengan Adanya..”

BERITA TRENDING: Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Kawasan Rumah Sharifah Shahirah Antara Yang Terjejas - “Jadi Depan Mata…”


Pada Ahad, media melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kementerian bersedia untuk memberi kaunseling kepada seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun yang disyaki dicabul oleh guru penolong kanan sebuah sekolah di Ipoh.

Sumber: Astro Awani

#cium #sekolah #Cabul #Polis #Guru #Peluk #Pelajar #Tahan #Rendah
;