,
Berita

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Gempak
15/10/2024
07:25 MYT
Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan E6, terjejas.
Susulan itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, mengarahkan penghuni di kediaman terdedah risiko tanah runtuh untuk berpindah sementara.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pada masa ini pihaknya sudah mengeluarkan arahan untuk 20 unit kediaman rumah teres di Jalan E6 untuk berpindah.

"Pada masa ini kita hanya dapat menyampaikan arahan ini hanya kepada sebahagian penduduk kerana sebahagian besar lagi penghuni sudah keluar bekerja.

"Kita (polis) bagaimanapun menempatkan pegawai dan anggota kita untuk memaklumkan arahan tersebut supaya dapat mengosongkan kediaman mereka untuk sementara waktu bagi tujuan keselamatan," katanya kepada BH.
Mohd Azam berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tanah runtuh pada jam 10.30 pagi tadi di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6, Taman Melawati.
"Kejadian berkenaan menyebabkan 20 rumah teres terputus laluan utama dan setakat ini sebuah kereta yang diparkir dalam rumah rosak akibat runtuhan tanah.
"Selain itu kerosakan turut menimpa sebuah kabin pondok pengawal namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.
Semua penduduk diarahkan berpindah ke Dewan Serbaguna, Jalan E6 dan pada masa ini polis bersama pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, berada di lokasi kejadian untuk mengawasi keadaan.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Kawasan Rumah Sharifah Shahirah Antara Yang Terjejas - “Jadi Depan Mata…”

gempak
15/10/2024
05:25 MYT
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang susulan hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini.
Berita

Lubang Benam: Hasil Penuh Siasatan Dalam Peringkat Akhir Penelitian

gempak
14/10/2024
12:55 MYT
Hasil penuh siasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India dan laporan penilaian geo teknikal di kawasan sekitarnya kini dalam peringkat akhir penelitian oleh pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Hiburan

Pernah Rasa Mahu Sucikan Hati, Shahir Rancang Menetap Di Tanah Suci - “Kadang-Kadang Sebagai Manusia…”

gempak
10/10/2024
18:50 MYT
Penyanyi, Shahir berkongsi bahawa dia dan isteri pernah berhijrah ke Arab Saudi untuk merasai pengalaman hidup di sana.
Hollywood

Beckham Beli Rumah RM370 Juta, Ada 13 Tandas, Kolam Renang Infiniti & Dok Kapal Peribadi

gempak
06/10/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal luar biasa apabila pasangan selebriti David Beckham dan Victoria dilaporkan dalam urus niaga membeli sebuah mahligai di Miami, Florida.
Berita

#FinancialFaiz: Dah Sedia Nak Miliki Teratak Indah? Ikuti 4 Tip Mudah Sebelum Anda Beli Rumah

gempak
05/10/2024
06:55 MYT
Untuk memastikan pembelian rumah anda berjalan lancar dan bijak, terdapat beberapa tip penting yang perlu diambil kira.
BorakSeeni