Skip to main content

Budaya Popular

Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Kawasan Rumah Sharifah Shahirah Antara Yang Terjejas - “Jadi Depan Mata…”

whatsapp-image-2024-10-15-at-12-59-42.jpeg

Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang susulan hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini.

Menerusi video yang tular, kejadian menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan.

Malah, beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk akibat aliran air deras dari bukit.

Beberapa penduduk turut berkongsikan video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.

Penyampai radio, Sharifah Shahira atau lebih dikenali Shiera turut berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan perumahannya itu.

“Next to our house Taman Melawati. 


Terdahulu, beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar terhalang selepas dilanda banjir kilat pada pagi Selasa.

Must-Watch Video

Advertisement