Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pemain Import NFSC Mika Junco Kena Ragut Di Kuala Lumpur

Gempak
30/06/2024 16:55 MYT
Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) pada Ahad mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.

NSFC dalam kenyataan malam ini memaklumkan kejadian berlaku ketika pemain itu sedang berseorangan.

"Insiden berkenaan mengakibatkan Junco kerugian harta benda, namun beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat,” menurut kenyataan itu.

BERITA TRENDING: Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun

BERITA TRENDING: Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera

BERITA TRENDING: Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi

BERITA TRENDING: EURO 2024: Patah Hidung, Mbappe Disaran Pakai Topeng Ninja Turtle

NSFC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti itu dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Dalam kenyataan sama, NSFC turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberikan sokongan kepada pemain itu dalam keadaan sukar.

Terdahulu, insiden itu dikongsi pemain kelahiran Sepanyol itu menerusi Instagram Story dengan memaparkan kecederaan ringan dialami di bahagian leher selain turut menyebabkan beliau kehilangan rantai emas. - Bernama
#Sukan #Bola Sepak #Polis #Ragut #Negeri Sembilan #Mika Junco #NFSC
;