Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pemain Watak Tarzan Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Maliah Surip
24/10/2024 15:10 MYT
Pemain watak Tarzan yang cukup terkenal menerusi siri ditayang di NBC pada tahun 1960-an, Ron Ely dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun.

BERITA TRENDING: Pelakon Tarzan Meninggal Dunia Dalam Nahas Pesawat Ringan

Khabar kematian Ely disampaikan oleh anak perempuannya, Kirsten Casale Ely. Kepada AP, Kirsten memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Los Alamos, California, Amerika Syarikat pada 29 September lalu.

“Dia seorang mentor, bapa, pelakon, penulis dan ketua keluarga yang telah meninggalkan banyak perkara positif kepada kami. Ada sesuatu yang sangat magis tentang dia,” luah anaknya.

Ely membawa watak Tarzan yang diilhamkan dari novel Edgar Rice Burroughs dengan cukup baik

Tubuh kekar tanpa baju dan karakternya tanpa banyak dialog namun hebat dan tangkas di hutan telah mengharumkan namanya.

Malah dalam satu temu bual Ely mengaku melakukan banyak aksi lasak sendiri termasuk ‘berkawan’ dengan harimau dan cimpanzi.

Dia yang menjadi hos pertandingan Miss America bertemu dengan isterinya, Valerie yang mewakili Miss Florida pada tahun 80-an hidup bersama sehingga wanita itu ditikam sehingga mati oleh anak lelaki mereka pada tahun 2019.

Anak lelaki mereka, Cameron Ely kemudian ditahan dan ditembak mati oleh polis selepas membunuh ibunya pada usia 62 tahun.

Ely bagaimanapun waktu itu mencabar pihak berkuasa yang menembak mati anaknya sebagai tindakan tidak berasas.

BERITA TRENDING: "Tarzan Malaysia? Hmmm, Not Bad..." - Aedy Ashraf

#pelakon #Viral #Hollywood #Meninggal Dunia #Tarzan #Ron Ely
;