Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pemandu Lamborghini Maut Terbakar Di Lebuhraya Karak

Gempak
30/06/2024 08:00 MYT
Seorang lelaki maut selepas kereta mewah Lamborghini yang dipandunya terbakar di Jalan Bentong-Karak KM 57.1 Arah Timur di Bentong, Pahang pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.06 pagi.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 26 kilometer.

"Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dengan peraturan kebakaran kira-kira 100 peratus.


"Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu tersepit di dalam kereta manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ujar beliau, kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera selain mengeluarkan mangsa.

Jelasnya, pemandu yang tersepit telah disahkan meninggal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," tambahnya.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Ini Tujuan Cikgu Fadli Bawa Lamborghini Ke Sekolah - “Insya-Allah Akan Ada Antara Anak-Anak Ini Mampu Capai Impian Mereka”

BERITA TRENDING: Dikecam Sebab Guna Lamborghini Tapi Belajar Di UiTM, Influencer Ini Beri Kenyataan - “Saya Bukan Flexing…”

BERITA TRENDING: “Ira Kazar Ok Ke Tu?”- Lamborghini Syamsul Yusof Berasap Tepi Jalan, Netizen Tanya Khabar Isteri Kedua

BERITA TRENDING: Penat Menipu, Pamer Lamborghini Sampai Berpenampilan ‘Kaya’, Ressa Herlambang Dedah Sudah 12 Tahun Muflis

Sumber: Sinar Harian
#Viral #Pahang #Lamborghini #Terbakar #Maut #Pemandu #Bentong #Karak
;