Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pemandu Lori Didakwa Tunjuk Anu Kepada Kanak-Kanak

Gempak
28/07/2024 09:45 MYT
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, pada Ahad atas dua tuduhan melakukan amang seksual dengan memegang tangan, paha dan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak perempuan, pada 20 Julai lalu.

Tertuduh, Mohd Irwan Ismail, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Zulkifli Abllah.

BERITA TRENDING: Lelaki Tunjuk Kemaluan Dalam Pejabat Dicekup

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang tangan dan paha mangsa yang berusia sembilan tahun di dalam sebuah lori di sekitar kawasan tepi tali air, Kampung Pinggir Tapang, pada jam 12 tengah hari.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal ke atas mangsa sama dengan menunjukkan kemaluannya kepada kanak-kanak itu pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Bagi tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

BERITA TRENDING: Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan Pelajar Ketika Tidur

BERITA TRENDING: Influencer Buat Panggilan Lucah, Tunjuk Kemaluan Ditahan Polis

BERITA TRENDING: Lelaki Tunjuk Kemaluan Dalam MRT Sampai Penumpang Wanita Trauma! – “Fizikal Saya Ok, Tapi Mental…”

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Sebelum itu, Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh.

Nik Mohamad Amin pula memohon kepada mahkamah untuk membuat permohonan jaminan secara bertulis.

Mahkamah kemudian menetapkan kes untuk sebutan semula pada 28 Ogos ini.

Sumber: Sinar Harian
#Kelantan #Kanak-Kanak #Kemaluan #Anu #Pemandu Lori #tunjuk