Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori muatan kelapa di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan Selangor, pada Khamis.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 4.33 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 24 tahun itu dalam perjalanan menghantar bekalan kelapa dari Bagan Datuk, Perak menghala ke Selayang.
"Sejurus tiba di lokasi kejadian pemandu memperlahankan kenderaannya kerana menghampiri kawasan lampu isyarat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Bagaimanapun, Ramli berkata, motosikal Yamaha 135 LC ditunggang mangsa berusia 23 tahun dari arah belakang merempuh penghadang belakang kiri lori berkenaan.
Ramli memberitahu, pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Syafiqah Jalal
Fri Aug 05 2022


Waktu Bekerja Dari 48 Jam Kepada 45 Jam Berkuat Kuasa 1 September
Anda bersetuju waktu kerja dikurangkan?

Lokasi Penggambaran Pengabdi Setan 2 Tular, Rumah Pangsa Seram Ditutup! Rupanya Dah Lama Tak…
Tempat larangan tu la paling ramai nak pergi.
![[VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022 [VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/temubual-eksklusif-2022-08-11t151829-887.png?ext=.png)
[VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022
Pencarian jejaka idaman Malaysia telah bermula dengan pengenalan rasmi 24 finalis pertandingan Mr World Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM).

"Ia Sentuh Isu LGBT" - Kerajaan Sahkan Filem Thor: Love And Thunder Tak Lepas Censorship
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan filem blockbuster terbaru Marvel Studios Thor: Love and Thunder tidak melepasi garis panduan penapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Rambut Dah Pendek, Peminat Samakan Ben Amir Dengan Lee Dong Wook & Sunny Suwanmethanont
Ben Amir dikatakan mirip pelakon luar negara

Aiskrim Haagen-Dazs Perisa Vanilla Ditarik Balik Daripada Pasaran
Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia

Cita Citata Kini Berhijab, Tidak Lagi Menyanyikan Lagu Dangdut
Cita Citata bertudung atas kerelaan sendiri

#MamiPiqahCorner: Pelukan, Serius! Doktor Ini Dedah Teknik Ajaib Jauhkan Anak Dari Penyakit
Doktor Ini Dedah Teknik Ajaib Jauhkan Anak Dari Penyakit

"Mudah-Mudahan Mereka Adik-Beradik Akrab” - Akim Ada Sebab Pilih Isa, Lama Idam Letak Nama Nabi
Ada geng dah lah Akim lepas ni heheh.
_1.png?ext=.png)
Baru Nyanyi Lirik Pertama Dah Buat Juri Suka! Nyanyian Abang Penjual Kuih Gegar Pentas Suara Viral 3
Bakat yang ada di pentas suara viral hebat-hebat