gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
AC Mizal Ucap Terima Kasih Pada Ajai, Mohon Netizen Jangan Salah Faham - “Tiada Sakit Hati, Kami Masih Baik”
HIBURAN
Polis Siasat Motif Artis Legenda 'Serang' Shila Amzah
HIBURAN
Nafi Bakal 'Naik Pelamin', Chacha Maembong Tak Mahu Tergesa-Gesa Soal Jodoh - “Saya Tak Berani Nak…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Pembaca Berita ‘Kantoi’ Tunjuk Jari Tengah Sebelum Bersiaran

Maliah Surip
Maliah Surip
10/12/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
Pembaca Berita ‘Kantoi’ Tunjuk Jari Tengah Sebelum Bersiaran
Seorang pembaca berita wanita dari saluran BBC ‘tertangkap’ lalu disiarkan secara langsung sewaktu menunjukkan jari tengahnya ke arah kamera sebelum siaran bermula.
Maryam Moshiri sedang bersiap untuk membaca berita pada waktu tengahari sebelum dia yang berpakaian biru menunjukkan jari tengah sambil mengangkat kening ke arah kamera pada Rabu lalu.
Dia bagaimanapun menurunkan jari tengahnya secara perlahan-lahan selepas menyedari tindakan dirakam dan ditonton secara langsung.
Wanita itu bagaimanapun meminta maaf secara terbuka menerusi cuitan di platform X sehari selepas kejadian.
Moshiri mendakwa jari tengah yang ditunjukkan ke arah kamera sebenarnya ditujukan buat rakan sekerja sewaktu mereka sedang bergurau.
Menurut Moshiri dia berbuat demikian sebagai gurauan mengira mula sebelum program berlangsung dengan menggunakan jari tengah.
Moshiri juga mengatakan langsung tidak berniat untuk menunjukkan aksi tidak senonoh tersebut kepada umum atau cuba ‘membenci’ laporan yang akan dibaca.
“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung atau berasa tidak senang dengan tindakan saya.
“Itu (jari tengah) ditunjukkan kepada segelintir rakan sekerja dan ia adalah gurauan sesama kami. Saya minta maaf kerana ia secara tidak sengaja telah disiarkan secara langsung,” cuit Moshiri di X seperti dilaporkan The Guardian.
Topic Berkaitan
#Pembaca Berita
#Jari tengah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement