Skip to main content

Trend Pasaran

Pembelajaran Kini Lebih Mudah & Menyoronokkan Dengan JomStudi

jomstudi.jpg
Advertisement
Pembelajaran pada masa kini menjadi lebih mudah dengan adanya kecanggihan teknologi bagi memudahkan proses pembelajaran dan membuat rujukan selepas daripada waktu persekolahan.
 
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, portal ini amat penting dalam memberi pendedahan teknologi kepada generasi muda sebagai kelebihan pada masa depan.
 
“Ini adalah bagus agar kita tidak ketinggalan dan oleh itu kita harus memberi pengetahuan dan memperkenalkan teknologi untuk generasi baru.
 
“Kita semua tahu dunia pada masa kini berubah dengan cepat jadi dengan inovatif ini mampu memberi pendedahan baru pada generasi muda untuk masa depan.
 
“Kerajaan juga mengambil kesempatan untuk memberi akses kepada masyarakat dalam dan luar bandar mempunyai akses kepada internet berkualiti untuk persediaan pada era baru ini.
 
“Ia amat bagus untuk generasi muda dan era baru dalam kemajuan serta jurang dalam bidang pelajaran dapat dikecilkan.
 
“Jadi dengan adanya portal ini semua pelajar dapat belajar dengan mudah kerana semuanya menggunakan teknologi,” katanya kepada Gempak.
 
Gobind ditemui di majlis pelancaran portal JomStudi, di Pusat Internet Kampung Kering, Labu, Negeri Sembilan, pada Jumaat.
 
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty dan Pengarah Urusan Media Prima, Datuk Kamal Khalid.
 
Hadir sama Naib Presiden Bakat & Keusahawanan Digital MDEC, Sumitra Nair dan Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak.
 
JomStudi merupakan inisiatif ‘pembelajaran sendiri’ serta menerapkan kemahiran berasaskan teknologi serta digital dalam kalangan pelajar.
 
Laman JomStudi ini dihoskan dan dikendalikan oleh Digi dengan menyediakan kandungan yang ditawarkan oleh Tutor TV oleh Astro iaitu sumber pembelajaran yang berasaskan video interaktif serta FullAMark oleh Media Prima iaitu portal pembelajaran dalam talian yang membolehkan pelajar mengakses latihan ulang kaji bagi subjek-subjek pembelajaran.
 
JomStudi juga dikonsepkan secara bersama oleh Astro, Digi, Media Prima, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 
Jangan lupa untuk melayari laman web www.JomStudi.my untuk mendapatakan bahan pembelajaran secara percuma.

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement