Sekilas
- Pelawak Nizam Jentik Jentik berkongsi pengalaman lucu apabila kru produksi tidak mengenalinya selepas lama tidak berjumpa kerana perubahan fizikalnya yang semakin kurus.
- Nizam tertanya-tanya sama ada perubahan berat badannya terlalu ketara sehingga menyebabkan orang sekeliling tidak mengenalinya dan kurang menegurnya untuk bergambar.
- Rakan artis Kamal Adli turut memberi komen, menyatakan dia lebih gemar dengan bentuk fizikal Nizam yang sebelum ini lebih berisi.
Pelawak, Nizam Jentik Jentik berkongsi pengalaman lucu dirinya yang tidak dikenali kru produksi selepas sekian lama tidak berjumpa.
Menerusi perkongsian di Threads, Nizam berpendapat perkara tersebut mungkin berlaku disebabkan perubahan fizikalnya yang kini semakin kurus sehinggakan dia tertanya-tanya adakah perubahannya itu terlalu ketara sehingga tidak dikenali orang sekeliling.
“Semalam jumpa production krew lepas lama tak jumpa. Mereka tak kenal aku… lain sangat ke bila aku dah kurus ni?
“Patutlah dah tak ada orang tegur nak bergambar. Aku da bertukar jadi orang lain kot,” kongsinya.
Hantaran itu kemudiannya menyorot perhatian sehingga mendapat perhatian rakan artis, Kamal Adli.
Menjengah ke ruangan komen, Kamal berseloroh mengatakan dia kurang gemar dengan perubahan itu kerana lebih menggemari bentuk fizikal Nizam yang sebelum ini lebih berisi.
“Kembalikan yang dulu, yang ni nmpk sombong,” komen Kamal.
Sumber: Threads