Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pembunuh Bersiri Pikat & Hapuskan 42 Wanita Termasuk Isteri Di Tempat Buang Sampah

Maliah Surip
17/07/2024 12:00 MYT
Seorang lelaki Kenya yang disyaki sebagai pembunuh bersiri mengaku telah membunuh 42 wanita sebelum membuang potongan mayat mereka di tempat pembuangan sampah.

Collins Jumaisi Khalusha, 33, telah melakukan jenayah kejam itu sejak dua tahun lalu.

Namun jenayah tersebut terbongkar selepas kehilangan seorang gadis Josphine Mulongo Owino yang baru-baru ini dan pihak berkuasa tempatan menjejaki signal telefon bimbit yang membawa kepada penangkapan Khalusha.

Lelaki tersebut ditangkap di luar sebuah kelab sewaktu keluar menonton Euro 2024 di Soweto, Timur Nairobi.

Suspek kemudian mengaku bukan hanya membunuh Owino tetapi 42 wanita lain termasuk isterinya yang merupakan mangsa pertama.

Dia terlebih dahulu akan menggoda mangsa sebelum membunuh dan menghapuskan mereka.

Jenayah kejam itu dilakukan sejak tahun 2022 dengan kebanyakan mayat yang ada dalam kalangannya telah dikerat lalu dimasukkan ke dalam guni dan dibuang di kawasan pembuangan sampah untuk dihapuskan.

BERITA TRENDING: Ariana Grande Mahu Makan Malam Dengan Pembunuh Bersiri, Disifatkan Sakit Otak

BERITA TRENDING: Sumbat Mayat Anak Buah Dalam Mesin Basuh, Rupanya Bapa Saudara Peminat Kisah Pembunuh Bersiri

BERITA TRENDING: Halloween, Kostum & Topeng Pembunuh Bersiri Jeffrey Dahmer Dilarang Dijual

BERITA TRENDING: Senyum & Santai Bawa Mayat Dibungkus Naik Lif, Kerjaya Pembunuh Adalah Terapis Kanak Kanak OKU


Sebanyak sembilan mayat wanita telah ditemui di kawasan pembuangan sampah yang hanya terletak 100 meter daripada rumah sewa lelaki Khalusha.

“Mengikut keterangan suspek, mangsa pertama adalah isterinya dengan anggota badan dipotong dihapuskan di kawasan pembuangan sampah.

“Kita sedang berdepan dengan bukan hanya pembunuh bersiri tetapi seorang psikopat,” ujar Pengarah Penyiasatan Jenayah Kenya, Mohamed Amin seperti dilaporkan CNN.

Pihak berkuasa tempatan turut menemui dan merampas barang bukti termasuk 10 telefon bimbit, enam kad pengenalan lelaki dan dua kad pengenalan wanita, sepasang sarung tangan getah, 12 beg plastik, tali dan 24 SIM kad yang dipercayai kepunyaan mangsa-mangsanya.
#Viral #wanita #Pembunuh #Sampah #Bersiri #pikat