Seorang pembunuh dengan nama Rudolf Tobing sedang menjadi perhatian masyarakat dan media massa Indonesia.

Hal ini kerana perlakuan santai Rudolf selepas membunuh mangsanya, Icha pada minggu lalu ‘tertangkap’ kamera CCTV dari sebuah lif.

Waktu itu, Rudolf dilihat menolak sebuah troli besar berisi barang yang dibungkus dengan plastik di salah satu lif di apartmen di Jakarta Pusat.

Apa yang menarik perhatian adalah Rudolf tersenyum mesra kepada beberapa orang yang berada dalam satu lif dengannya, sedangkan di dalam troli yang berbungkus itu berisi mayat seorang perempuan!

Rudolf akhirnya ditangkap selepas mayat mangsa yang dibuang berbungkus plastik hitam ditemui Jl Kalimalang, Pondok Gede, Kota Bekas, sehari selepas dirinya tertangkap senyum di dalam lif.

Sejak polis menyelidik kes tersebut, banyak yang ingin tahu bagaimana lelaki bertubuh gempal itu mampu kelihatan tenang dan langsung tidak menunjukkan ciri ciri takut sewaktu membawa mayat ke dalam lif dan tersenyum kepada orang lain.

Dari keterangan yang diberi pihak berkuasa, Rudolf bukan lelaki sembarangan.

Berusia 36 tahun, dia pernah mendapat pendidikan sehingga ke Amerika Syarikat.

Malah, apa yang mengejutkan adalah pekerjaannya saat ini adalah terapis kanak kanak kelainan upaya (OKU).

Selain itu Rudolf mengaku dia pernah menjadi paderi, namun kenyataan tersebut masih dalam penyelidikan.

Pihak polis memaklumkan Rudolf mengaku membunuh sahabat perempuannya yang bernama Ade Yunia Rizaban atau Icha itu kerana dendam.

Melalui soal siasat latar belakang yang dijalankan kepada Rudolf, lelaki ini didakwa mempunyai trauma masa lampau kerana sering dipukul oleh ibu dan bapanya sejak kecil sehingga dia tidak mampu mengawal emosinya.

Sumber: Detik.com, Kredit Foto: Suara.com

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!