Hiburan
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya.
Pemergian Bapa Beri Impak Besar
Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. .“Bila ayah sakit kena strok tak boleh bercakap, benda tu beri kesan sebab Iqram Dinzly tak ada tempat untuk meluahkan sebarang pemberontakan dalam diri.
“Jadi perkara itu sedikit sebanyak memang tidak dinafikan menggugat emosi. Namun apa yang berlaku dalam media sosial yang dipamerkan oleh Prince Chiki Dinzly (Personaliti Iqram Dinzly) pula adalah bersyukur apa yang Allah beri.
"Banyak persoalan terjadi bila ayah tiada. Jadi pemergian ayah memberikan banyak kesedaran, banyak imbuhan dan jawapan," kongsinya.
Susah Terima Kehilangan Bapa
Dalam pada itu, Iqram sempat menerangkan bahawa kehilangan bapanya bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk diterima.“Perkara ini agak rumit untuk diceritakan, dan ada sebab musabab kenapa saya tak nak ceritakan benda ini.
"Cuma apa yang saya boleh katakan, kehilangan seorang wali keramat dalam hidup kita ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima," katanya.
Jangan lupa saksikan rancangan No Filter yang dihoskan oleh Elly Mazlein setiap Isnin di www.gempak.com pada 12 tengah hari.
No Filter juga boleh ditonton di Astro Ria saluran 104 pada hari yang sama di jam 8.30 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/sebulan (JIMAT 30% - tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99). Whatsapp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video