Laman Utama

Peminat Back-Up Suami Jasmin Hamid Diejek Jadi Penyebab Isteri Masuk Wad, Ada Yang Cadang Suruh Saman

gempak
Izwan Isa
04/06/2022
08:50 MYT
Sponsor Banner
Peminat Back-Up Suami Jasmin Hamid Diejek Jadi Penyebab Isteri Masuk Wad, Ada Yang Cadang Suruh Saman
Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon Jasmin Hamid mengalami masalah pada jantung sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Masih menerima rawatan, Jasmin difahamkan kini sedang berehat dan berada di CCU di Hospital Sungai Buloh.
Bagaimanapun, ada hal-hal yang tidak enak apabila berita tentang keadaan Jasmin dilaporkan oleh media.
Terbaharu, suami Jasmin, Nazmir Abd Rahim mendedahkan yang ada beberapa komen di laman Facebook dan Instagram mengejek dirinya sebagai punca dan penyebab Jasmin terkena serangan sakit jantung.
“Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih pada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri saya yang masih lagi di wad CCU kerana heart attack.
“Saya mohon hentikanlah komen-komen sebegini sebab takut bila Jasmin terbaca, akan tambahkan sakitnya.
“Kalau tak suka kami, abaikan kami. Pada yang tak putus panjatkan doa pada Allah untuk Jasmin, saya sekeluarga ucapkan berbanyak terima kasih dan kami kembalikan doa yang baik-baik tersebut buat kalian.
“Pada yang berkata menggunakan emosi, saya serahkan pada Allah,” tulisnya di Facebook milik Jasmin.
Turut disertakan beberapa tangkap layar yang menunjukkan kebiadapan dan keceluparan netizen terhadap dia dan Jasmin.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat mengkritik tindakan netizen yang dianggap tidak molek.
“Ya Allah. Orang tu sakit. Di CCU lagi. Bukan di wad biasa. Dahlah tak nak mendoakan, tulis pulak benda yang bukan-bukan. Kita ni hidup macam dalam roda. Kadang kita di atas kadang di bawah. Mungkin satu hari nanti kita pulak berada di tempat dia. Semoga cepat sembuh buat Jasmin Hamid."
“Biadab! Sila saman… PDRM minta cari orang yang mulut tak ada adab ni. Semoga Kak Jasmin diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.”
Terdahulu, menerusi laporan Gempak, Jasmin Hamid berada dalam keadaan stabil dan tidak ditidurkan oleh pihak hospital.
BACA: “Isteri Saya Stabil, Dia Tidak Ditidurkan…” - Suami Jasmin Hamid
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live