Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Peminat Dapat ‘Healing’ & Galau Bersama, Showcase Sulung Bernadya Di Malaysia Sukses!

Umirah Halim
27/09/2024 23:55 MYT

Pertama kali mengadakan siri mini showcase di Malaysia, penyanyi asal Indonesia, Bernadya berjaya menggegarkan pentas The Bee Publika dengan 11 buah lagu yang menghiasi ruang udara pada malam Rabu lalu.

Peminat healing

Sepanjang mini showcase, penyanyi berusia 20 tahun itu ternyata meninggalkan kesan ‘galau’ kepada lebih 900 peminat yang hadir dengan seleksi lagu popularnya termasuk Kita Kubur Sampai Mati, Siapnya Hidup Tetap Harus Berjalan, Ambang Pintu, Berlari, Lama-Lama, Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan, Terlintas, Satu Bulan dan Apa Mungkin.

Malah, bait-bait lirik yang dilontarkan, penyanyi dan penulis lirik yang mahir memetik gitar itu jelas ‘melekat’ dalam sanubari penonton sehingga tidak puas melayani perasaan.

BERITA TRENDING: Bernadya Selamatkan Nyawa Content Creator Malaysia Menerusi Lagu

​BERITA TRENDING: Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah - “Mohon Doakan…

​BERITA TRENDING: “Jaga Rumah Tangga Kau Sudah!” - Zaquan

​BERITA TRENDING: “Dia Kata Orang Tak Apa, Kalau Orang Mengata

Menutup malam dengan cemerlang, pemenang Anugerah Muzik Indonesia 2013 itu meletakkan lagu single sulungnya berjudul Apa Mungkin sebagai penutup konsert.

Sekadar info, Bernadya atau nama penuhnya, Bernadya Ribka Jayakusuma berada Malaysia untuk melengkapkan tour Berjalan di lima kota dengan Kuala Lumpur sebagai destinasi terakhir.

#Showcase #Galau #sulung #Healing #Bernadya
;