ASTRO GEMPAK ARTICLE
Peminat Dipenjara 2 Tahun Fitnah Shin Se Kyung
Seorang peminat menerima balasan setimpal dengan perbuatan tidak baik yang dilakukan menerusi media sosial. Tanpa identiti, mahkamah menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara kepada peminat yang telah melakukan perbuatan di luar kawalan dan memfitnah pelakon, Shin Se Kyung.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan agensi The Present Company, hukuman itu disifatkan setimpal dengan perbuatan suspek yang telah memberi tekanan emosi dan membuat kehidupan bintang Run On tersebut dalam keadaan tidak baik.
Suspek didakwa melakukan perbuatan khianat di media sosial dalam satu tempoh yang agak lama. Dia antaranya telah melakukan ugutan, memfitnah dan menyebarkan kebencian menggunakan perkataan kesat bukan hanya kepada Se Kyung tetapi juga peminat dan keluarga pelakon itu, lapor All KPop.
Sewaktu prosuder mahkamah berlangsung, peguam suspek memohon agar hukuman yang dijatuhkan diringankan. Suspek didakwa telah mengasingkan diri dan melakukan kerja amal selama 14 jam seminggu. Suspek juga sudah mengaku melakukan perbuatan khianat terhadap Se Kyung.
Permohonan tersebut bagaimanapun ditolak pihak mahkamah.
Agensi Se Kyung juga dengan tegas berkata: “Kami memiliki bukti yang sangat kukuh terhadap fitnah, gangguan di media sosial dan perbuatan khianat lain yang dilakukan suspek. Perbuatan ini sangat serius dan dia tidak layak mendapay hukuman yang lebih ringan.”
Pihak agensi juga berpendapat tindakan yang diambil terhadap suspek dan keputusan hakim dengan hukuman 2 tahun penjara dapat memberi pengajaran kepada semua pengguna media sosial, peminat dan orang awam agar tidak mudah membuat khianat kepada individu lain.
Must-Watch Video