Skip to main content

Hiburan

"Adab Itu Bermula Dari Rumah..." - Netizen Sound Balik Jofliam Lepas Isu Hantar Anak ke Sekolah Antarabangsa

Keluarga Jofliam

Seorang individu meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan pempengaruh dan usahawan piza terkenal, Jofliam yang dibuat ketika siaran langsung TikTok miliknya semalam.

Jofliam menjelaskan dia menghantar anak ke sekolah antarabangsa kerana beranggapan murid pada masa kini semakin hilang adab.

Menerusi satu hantaran di Threads, individu terbabit menegaskan adab sepatutnya dibentuk di rumah, bukannya bergantung pada jenis sekolah.

"Dia mcm ni tau. Tak kisah la mana sekolah yang anak kita pergi untuk menuntut ilmu waimah sekolah pondok sekali pun semuanya adalah diatas tujuan yg sama iaitu menuntut ilmu.

Pernah dengar tak, adab itu bermula dari rumah. Rumah adalah tempat dimana kita as ibu bapa membentuk akhlak & moral melalui contoh dan didikan."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan tersebut.

"Discipline starts from home. An international school teacher speaking here."

"Betoi.. Hari2 remind anak adab no 1..bukan dkt sekolah bljar adab.. Dia tu dlu sekolah International ka adab tinggi sgt?  "

Malah, ada yang bangga anak murid di sekolah kebangsaan juga mampu beradab dan berbudi pekerti mulia.

Tak kurang juga yang mendakwa Jofliam sendiri yang sepatutnya menunjukkan contoh beradab sebelum mengata orang lain.

"Indirectly dia nak kata diri dia sendiri yg datang dari sekolah biasa and that justify his behaviour and attitude"

Sekadar info, Jofliam mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya bersama bekas isteri, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Han, serta seorang anak perempuan, Yuki.

Biarpun perkahwinan selama 10 tahun itu berakhir pada 9 Oktober 2024 dengan hak penjagaan sepenuhnya diberikan kepada Cik Epal, namun dia tetap bertolak ansur agar Jofliam berpeluang meluangkan masa bersama anak-anak.

Advertisement

Must-Watch Video