Pelakon, Fiza Halim mendapat perhatian netizen selepas menyambut hari jadinya bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Helmi baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok miliknya merakamkan Fiza sedang berjalan sambil berpegangan tangan dengan lelaki.
Advertisement
Malah Fiza juga menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada lelaki berkenaan memberikan kenangan indah bersempena dengan hari jadinya.
“Thank you for making my birthday the most memorable day of my year. Another year older,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen mendoakan agar hubungan Fiza dan Helmi berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Berikut merupakan antara komen netizen:
@fizahalimofficial Thank you for making my birthday the most memorable day of my year… Another year older #birthdaysurprise 🎉🎁 Tq 🤍 @HelmiBoss79 ♬ original sound - Fiza Halim Official
Fiza pernah tiga kali mendirikan rumah tangga. Pada 2010, Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.
Perkahwinan kedua Fiza pula adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah dengan juruterbang, Aizat Al Jefri.