Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”
Ainun
18/09/2024 08:25 MYT
18/09/2024 08:25 MYT
Kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di restoran Uncle Roger di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur sememangnya menarik peminatnya untuk turut menyerbu lokasi tersebut.
Menerusi video yang tular di TikTok memperlihatkan peminat mula tidak terkawal selepas mengetahui Speed, atau nama sebenarnya Darren Jason Watskin Jr. singgah menjamu selera di restoran Uncle Roger.
Akibat dari insiden itu, pihak restoran terpaksa menutup pintu untuk menghalang peminat daripada mengganggu ketenteraman orang awam yang sedang menjamu selera di restoran tersebut.
Dalam pada itu, Speed turut sempat menelefon Uncle Roger dan merasa nasi goreng yang menjadi menu utama restoran itu.
Meninjau ruangan komen, netizen menganggap peminat YouTuber itu keterlaluan selain bersimpati terhadap Speed kerana terpaksa melayan karenah mereka yang menakutkan.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Sebab dia Uncle Roger terpaksa tutup kedai”

“Uncle Roger mungkin membayar Speed dengan jumlah wang yang besar, tetapi akhirnya dia terpaksa menutup gerainya dan tidak memperoleh sebarang hasil daripada orang ramai”
“Saya sebenarnya tidak faham kenapa perkara ini boleh terjadi”, komen dari netizen.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 550,100 ribu yang menonton video tersebut dan 16,000 ribu butang suka.