Hiburan
Peminat Kecewa, Nam Joo Hyuk Dan Suzy Tolak Tawaran Berlakon Bersama
Pelakon popular Korea, Nam Joo Hyuk dan Suzy dilaporkan menolak tawaran untuk berlakon bersama.
Joo Hyuk dan Suzy mula ditawarkan menjadi pelakon utama untuk drama terbaru terbitan MBC, Come and Hug Me pada awal tahun ini.
Bagaimanapun Joo Hyuk dan Suzy menjadi perhatian peminat selepas mereka menolak tawaran tersebut.
Rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan perkara itu kerana mereka telah menyimpan hasrat untuk melihat gabungan hebat kedua-dua pelakon tersebut.
Nam Joo Hyuk sebelum ini membintangi drama popular, Weightlifting Fairy Kim Bok Joo manakala Suzy pula memegang watak sebagai heroin dalam drama While You Were Sleeping.
Sumber: Allkpop
Must-Watch Video