Laman Utama
Peminat Lebih Suka Hidung Lana Nodin Yang Baharu - “Sebelum Ni Macam Hidung MJ”
Pelakon Lana Nodin melahirkan rasa gembira apabila proses pembedahannya hidungnya berjalan dengan lancar.
Menerusi kemas kini terbaharu di Instagram, Lana mendedahkan yang dia tidak merasai sebarang kesakitan, sungguhpun selepas pembedahan sehingga proses pemulihan.
Lana juga turut berkongsi sepotong video yang memperlihatkan doktor memeriksa keadaan hidung baharunya selepas luka pembedahan sembuh.
Menerusi ruangan komen, ramai antara pengikut Lana yang memuji kecantikan hidungnya selepas melakukan pembedahan.
“Actually saya lagi suka hidung yang sekarang ni. Nampak natural dan tak nampak macam buat plastic surgery pun. Hebat gila doktor ni. Compare to sebelum ni macam hidung MJ,” ungkap seorang pengikut Lana.
Lana dalam ruangan balas kemudian menulis: “Hidung tu infection, MJ pun kena infection pasal tu hidung dia macam tu,” ujar Lana.
Dalam pada itu, ada juga yang bertanya, adakah Lana akan berasa sakit jika hidungnya itu digosok dengan kuat.
Jawab Lana: “Sekarang tak boleh ganas-ganas lagi tunggu tiga bulan baru boleh gosok-gosok. Sekarang just biasa-biasa saja masih lembut,” katanya.
Kemudian, Lana turut memberitahu yang dia juga akan membuat perbandingan rupa hidungnya sebelum dan selepas dalam bentuk video.
Terdahulu, isteri kepada David Mckenzie memaklumkan pembedahan kali keempat dilakukannya menggunakan tulang rusuk berbanding silikon atau plastik kerana sering terkena jangkitan.
BACA: Da'i Syed Komen Isu Lana Nodin Bedah Hidung Di Korea - "Ia Bukan Mengubah Ciptaan Allah Jika…"
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video