Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Peminat ‘Naik Hantu’, Nicki Minaj Datang Konsert Lambat 90 Minit & Asyik Tukar Baju

Maliah Surip
11/07/2024 14:50 MYT
Nicki Minaj sedang menjadi sensasi dalam kalangan peminat selepas ramai yang berang dengan sikap tidak profesionalnya baru-baru ini.

Minaj didakwa bukan sahaja datang lambat 90 minit ke konsertnya di Dublin tetapi hanya membuat persembahan kurang dari setengah jam.

Penyanyi kelahiran Trinidad and Tobago yang dijadual memulakan konsert pada pukul 8 malam hanya muncul sebelum jam 10 pada persembahan yang berlangsung di Malahide Castle itu.

Lebih menambah kekecewaan, penyanyi berusia 41 tahun itu dikatakan sempat menukar beberapa baju yang disifatkan telah mencuri lebih 10 hingga 15 minit masa yang sepatutnya digunakan untuk menyanyi.

BERITA TRENDING: Artis Tak Muncul Buat Persembahan, Peminat Bakar Pentas!

Lantaran itu ramai dalam kalangan peminat yang telah menunggu penyanyi kesayangan mereka dalam hujan meminta agar duit tiket mereka dikembalikan kerana sudah berasa rugi dengan sikap tidak profesional Minaj, lapor DailyMail.uk.

Ramai juga yang melahirkan kekecewaan di platform X dengan menyifatkan Minaj sebagai artis yang tidak pandai menghormati peminat.

“Adakah kami boleh mendapat duit kembali selepas Nicki Minaj lewat dua jam pada persembahannya di Malahide Castle dan hanya beraksi untuk 30 minit.

“Kami membayar RM1,500 untuk menonton dan apa yang terjadi langsung tidak boleh diterima,” tulis seorang peminat.

BERITA TRENDING: Madonna 'Sidai' Peminat 3 Jam!

BERITA TRENDING: Peminat Simbah Air Sewaktu Konsert, Cardi B Balas Baling Mikrofon

BERITA TRENDING: Nicki Minaj Kena Tahan Disyaki Bawa Dadah, Minta Maaf Tunda Persembahan

#Viral #Konsert #peminat #Nicki Minaj #Baju #Lambat
;