Hollywood
Nicki Minaj Kena Tahan Disyaki Bawa Dadah, Minta Maaf Tunda Persembahan
Penyanyi dan rapper Nicki Minaj menyampaikan permohonan maaf kepada peminat di Manchester kerana terpaksa menunda persembahan yang dijadual berlangsung di United Kingdom selepas ditahan pihak berkuasa Belanda.
Minaj ditahan kerana disyaki membawa dadah dalam perjalanannya untuk melakukan konsert yang dijadual pada malam dia meminta maaf kepada peminat dari balkoni hotelnya di Manchester.
“Saya sayang anda semua dan meminta maaf kerana masalah terjadi pada malam ini,” kata Minaj di akaun media sosialnya lapor USWeekly.
Sebelum itu Minaj menerusi X mengajak peminat untuk menunggu di bawah hotel dan dia akan menyampaikan permohonan maaf kerana tidak dapat menghiburkan mereka selepas ditahan pihak berkuasa.
“Saya akan bertemu anda semua dari balkoni dan jika anda boleh datang bertemu saya, saya akan turun. Saya akan berada di bawah (lobi) selama sejam. Sekurangnya ini yang mampu saya lakukan,” cuitnya di X.
BERITA TRENDING: Dakwa Kerendut Zakar Mengecil Kerana Vaksin, Nicki Minaj Kena Sound Dengan Menteri Kesihatan
Sementara itu Minaj dilepaskan dengan jaminan polis pada Sabtu iaitu hari yang sama sepatutnya dia melakukan persembahan.Tak bawa dadah
Pihak penganjur menerusi kenyataan menyampaikan rasa duka cita terhadap insiden yang berlaku.Terdahulu menerusi video yang beredar, Minaj dilihat sedang bertengkar dengan pihak penguasa di Amsterdam’s Schiphol Airport. Dia dipaksa menaiki van polis untuk siasatan dan didakwa telah ditahan kerana membawa dadah.
Minaj kemudian terdengar berkata: “Saya tidak membawa dadah.”
Must-Watch Video