gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tular Video Main ‘Pickleball’, Netizen Mula Buat Spekulasi Hubungan Niezam Zaidi & Fify Azmi - “Rasanya Mereka Dah…”
HIBURAN
“Maryam Tengok Macam Daddy Tak Sayang…” - Luahan Anak Sulung Fizo Omar Buat Netizen Sebak
HIBURAN
Nur Shahida Mahu Cipta Banyak Memori Bersama Anak-Anak - “17 Tahun Dah Awak Ammar Ahyan, Termenung Mama..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Peminat Simbah Air Sewaktu Konsert, Cardi B Balas Baling Mikrofon

Maliah Surip
Maliah Surip
31/07/2023
06:25 MYT
Sponsor Banner
Peminat Simbah Air Sewaktu Konsert, Cardi B Balas Baling Mikrofon
Cardi B menjadi mangsa terkini dibaling atau dilempar objek oleh peminat sewaktu membuat persembahan.
Penyanyi itu telah disimbah air oleh peminat saat dia berdiri di hujung pentas. Namun penyanyi itu tidak membiarkan perlakuan tak baik itu terjadi tanpa ‘balasan’.
Tak fikir panjang, Cardi B membalas perbuatan peminat yang menyimbahnya dengan membaling mikrofon ke arahnya!
Insiden tersebut berlaku sewaktu Cardi B melakukan persembahan di Drai's Beachclub di Las Vegas, Amerika Syarikat, pada hujung minggu lalu.
Dia saat itu dilaporkan sedang menyanyikan lagu popularnya, Bodak Yellow. Selepas disimbah, Cardi B membaling mikrofon ke arah peminat sebelum pengawal mengheret keluar pelaku daripada tapak konsert.
Tindakan yang dilakukan penyanyi berusia 35 tahun itu kemudian mendapat reaksi positif dalam kalangan pengguna media sosial.
Kebanyakannya menyokong tindakan Cardi B kerana menyifatkan sikap segelintir penonton yang membaling atau melempar objek ke atas pentas sebagai biadab, keterlaluan malah boleh mencederakan artis.
Topic Berkaitan
#Viral
#Konsert
#Cardi B
#Mikrofon
#Simbah Air
#Baling
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement