Peminat menyatakan sokongan jika pengunduran Syasya daripada DOLLA adalah disebabkan mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Hal itu dapat dilihat pada komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat menerusi sepotong video yang dikongsikan individu dipercayai sebagai ibu Syasya baru-baru ini.

A post shared by Farah Farina (@riena212)

Menerusi komen-komen berkenaan, peminat berkata yang mereka berasa gembira jika Syasya mahu berubah asalkan wanita berusia 23 tahun jtu turut berasa perasaan yang sama.

“Syasya kalau nak berubah, iDolla (gelaran peminat DOLLA) Iagi happy tau. Tapi janganlah menghilang terus ok… iDolla akan love more kalau macam ni tau.”

“Aunty kalau Syasya left DOLLA sebab nak berubah, I will continue supporting her. I’m so happy for her.”

“Rasa lega sangat nampak Syasya happy, iDollas always love you Syasya.”

Begitupun, tiada sebarang pengesahan daripada Syasya mahupun daripada individu terdekat mengenai imej terbaharunya.

Isnin lalu, Syasya atau nama sebenarnya Noor Syasya Afigah Shahrizal, 23, membuat keputusan keluar daripada Dolla atas sebab peribadi.