,
Zon Lawak

Peminat Sokong MLM 2016 Tampil Pelawak Baru

Ahmad Shah
22/01/2016
06:45 MYT
Belum lagi bermula minggu pertama program realiti komedi, Maharaja Lawak Mega 2016 sudah dibanjiri komen positif oleh peminat di media sosial.
Rata-rata peminat berkongsi rasa gembira dan memberi sokongan positif kepada barisan pelawak baru yang berpeluang merasai pengalaman baru beraksi dia atas pentas MLM.
Tidak terlepas, ada di antara peminat setia program MLM meluahkan rasa sedikit terkejut apabila beberapa kumpulan terkenal seperti Jozan, Sepahtu, Zero dan Shiro tidak turut serta dalam edisi kali ini.
Istimewa MLM 2016, gabungan dan pembentukan pelawak lama dan baru bakal membawa kelainan seperti sebelum ini.
Antara gabungan kumpulan yang bakal menjadi perhatian adalah LOL yang diwakili oleh Angah Raja Lawak bersama Tauke Jambu dan Ajak Shiro serta kumpulan Joras yang diwakili oleh Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor.
Malah MLM 2016 turut memperkenalkan dua peserta solo yang cukup dikenali di arena ‘Stand-up Comedy’ tanah air iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.
Lebih menarik, bekas naib juara program Raja Lawak musim kedua, kumpulan Cham yang dianggotai oleh Azrul dan Along kembali bersatu selepas kedua-duanya mengambil keputusan untuk bergerak secara solo sebelum ini.
15 kumpulan bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.
Empat barisan juri tetap akan diketahui pada hari episod pertama MLM 2016 bersiaran.
Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Zon Lawak

Bocey Bergaduh Kerana Salah Faham

gempak
01/05/2016
07:04 MYT
Zon Lawak

Bocey Juara MLM 2016, Bawa Pulang RM500,000

gempak
29/04/2016
16:41 MYT
Zon Lawak

Jangan Banding Saya Dengan Nabil Ahmad – Rayza Mukmin

gempak
23/04/2016
03:29 MYT
Zon Lawak

Abam Teruja Adiknya Ali Puteh Ke Separuh Akhir MLM 2016

gempak
22/04/2016
06:51 MYT
Zon Lawak

Selepas 30 Tahun, Hamid Gurkha Kembali Di Pentas Komedi

gempak
16/04/2016
05:30 MYT
BorakSeeni