,
Laman Utama

Peminat Suruh Kahwin Dengan Syazwan Zulkifli, Ini Jawapan Wan Sharmila

Zulaikha Yusof
05/08/2020
10:00 MYT
Pelakon Wan Sharmila, 39, menyatakan hubungannya bersama aktor Syazwan Zulkifly, 33, hanya sekadar kawan.
Ketika dihubungi Gempak, Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala mengakui ramai peminat yang menginginkan mereka menjadi pasangan suami isteri sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Jelas Lala, hubungan mesra itu sekadar lakonan dalam drama.
"Saya takut sangat bila ramai yang mendoakan kami supaya kahwin. Kata-kata itu kan doa.
"Kami takda apa-apa, kalau doa itu termakbul macam mana. Takutnya.. Syazwan pun ada cakap benda sama juga dekat saya.
"Hubungan suami isteri setakat dalam drama sahaja. Di luar drama kami hanya berkawan.
"Alhamdulillah, tak perlu cinta lokasi lakonan kami diterima ramai. Rata-rata penonton rasa dekat saja dengan jalan cerita drama itu," katanya.
Sementara itu, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed berkata dia tidak tahu sama ada Syazwan sudah berpunya atau belum.
"Saya tak tahu Syazwan masih solo atau berpunya. Kalau Syazwan dah ada teman wanita, dia (teman wanita) cemburu nanti.
"Nanti saya pulak dituduh perampas. Sekarang dah la banyak isu macam ini yang berlaku," katanya lagi.
Sebelum ini, Instagram (IG) Lala dan Syazwan dipenuhi dengan komen-komen yang berharap mereka menjadi pasangan suami isteri.
"@syed_alief09: Kahwin betul-betul la sweet korang.
"@emilia_moktar: Kahwin betul-betul kan best. Sepadan sangat.
"@_eena91: Secocok la haha. Semoga kahwin betul-betul lepas ni," antara komen-komen yang ditulis.
Selain Lala dan Syazwan, 7 Hari Mencintaiku 2 turut dibintangi barisan pelakon hebat yang lain antaranya Shukri Yahaya, Siti Saleha, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.
Hiburan

Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu

gempak
09/09/2024
07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.