Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu Boboy mendedahkan ada antara peminatnya yang terlalu obses dengannya hingga sanggup mencederakan diri.
Malah, kejadian yang berlaku sekitar awal tahun 2000 itu benar-benar membuatkannya terkejut dan teringat-ingat sampai sekarang.
"Kejadian itu berlaku selepas saya membuat persembahan di sebuah funfair di Sabah awal tahun 2000.
"Ada seorang peminat wanita datang ke arah saya sambil menjerit-jerit dan mengelar tangan kiri dan kanannya.
"Mujur ketika itu saya dihalang oleh orang sekeliling dan mereka membawa wanita itu untuk menerima rawatan.
"Dalam fikiran saya, siapakah dia. Nak kata bekas kekasih rasanya bukan... Nak kata kenal pun tak," cerita Naqiu.
Malah, Naqiu juga pernah hampir ditikam oleh peminat lelaki yang cemburu dengan kekasihnya yang terlalu taksub dengan anggota kumpulan Boboy itu.
"Ada satu kejadian lagi seorang lelaki datang dari arah tepi dan cuba menikam saya.
"Tetapi pengawal peribadi saya menadah badannya dan pisau itu terkena padanya. Sampai dia dikejarkan ke unit rawatan rapi!
"Mujur peminat sekarang tidak ekstrim seperti dahulu dan menghormati saya dan keluarga, tidak bertindak keterlaluan dan melulu," tambah Naqiu.
Fenomena Naqiu kembali diperkatakan apabila penyanyi itu mencuri tumpuan menerusi persembahan luar biasa setiap minggu di GV2019.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Amri Hassan
Thu Oct 31 2019


Tiga Versi Lagu Kendati Trending, Amylea: "Saya Rasa Ini Bukan Cup of Tea Malaysia"
Selepas dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu, lagu Kendati nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan terus diminati dan menjadi siulan pencinta muzik tempatan.

Da'i Syed Kongsi Gambar Pakai Apron, Ramai Peminat Perempuan Jatuh Hati - "Masak Pun Hensem Tak Tau Nak Cakap La"
Untung sapa dapat dia ni.

Seekor Ditembak, 2 Anjing Dicuri, Lady Gaga Tawar Setengah Juta Dolar Dengan Pesanan: "Jangan Tanya"
anjing dari baka Perancis dibawa lari perompak

Isu Saman Fitnah - Vivy Yusof, Netizen Bersemuka Di Mahkamah Ogos Depan
Semoga dipermudahkan untuk kedua-dua pihak.

Psst! Ini Lagu-Lagu Yang Ada Dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends
Yuna, Altimet & Hael Husaini nyanyi lagu apa?

Datuk Ras Adiba Radzi Selamat Jalani Pembedahan, Jahit Semula Ligamen...
Alhamdulilah...Datuk Ras Adiba selamat jalani pembedahan

#MamiPiqahCorner: Salahkah Pakai Seluar Ketika Berpantang? Doktor Kata Lain, Mak Di Kampung Lain Pula Caranya…Mana Satu Betul?
Pantang tradisional atau moden?

Dah Jadi Macam-Macam, Tapi Mana Satu Watak Zizan Paling Korang Love?
Zizan kalau berlakon wuih boleh tahan ya!

COVID 19: Angka Kembali Naik ke 2 Ribu, Kes Kematian Mencecah 1,111
Jaga diri, patuh SOP.

“Nak Tangkap Sajat Ke John Wick Ramai-Ramai Ni?” - Netizen Pelik Kenapa JAIS Kerah 122 Anggota
Sampai 122 orang memang ramai, tapi mungkin ada alasan tertentu?