HIBURAN
Peminat Teruja Dengar Lagu Raya Fazura, Siap Duet Dengan Syasya Dalam 'Raya Pum Pang' - “Kak Faz Dalam Diam Ekk”
Pelakon dan penyanyi Nur Fazura membuat kejutan kepada peminat apabila melancarkan lagu raya pertamanya berjudul Raya Pum Pang.
Lebih menarik, lagu ini turut menampilkan bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal, menjadikannya satu kolaborasi yang tidak dijangka oleh ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan Syasya untuk projek ini.
“Strim “Raya Pum Pang” sekarang di semua digital streaming platforms darling!
“What a remarkably swift and fun experience bekerjasama dengan Syasya Rizal untuk lagu ni! Hope you guys will enjoy and have fun with Raya Pum Pang,” katanya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak menjangka Fazura akan mengeluarkan lagu raya.
“Ohh Kak Faz dalam diam ekkk.
“Wahhhhhhh bestnyeeeee!!!!!!😍😍😍😍😍😍😍😍😍 tak expect lah this duo.
“LAHHHHHH DIAM DIAM DIA YEEEEE.
“Dendiam je dah ade lagu raya tau,” komen netizen.
Selain menjadi lagu raya pertama Fazura, Raya Pum Pang juga menandakan ‘comeback’ Syasya Rizal ke industri muzik selepas keluar daripada kumpulan Dolla tahun lepas.
Sebelum ini, Syasya pernah memberi bayangan di media sosial mengenai kemunculan semulanya, tetapi tidak mendedahkan bila dan lagu apa yang akan dilancarkan.
Must-Watch Video