Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pempengaruh Kongsi Video Makan Sushi Sewaktu Berpantang, Netizen Tegur - “Badan Nak Pakai Lama Dik..”

Umirah Halim
06/09/2024 06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Eynanan menerima teguran daripada netizen susulan memuat naik video menjamah sushi sewaktu tempoh berpantang di TikTok, baru-baru ini.

Makan sushi waktu pantang

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Eynanan atau nama lengkapnya Suhaina Adnan sedang berada di hospital selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Assad.

Eyna dilihat berselera menjamah beberapa jenis sushi yang dihidangkan di atas meja wad di hospital.

“Reward untuk diri sendiri,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

undefined
Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen terutamanya golongan wanita yang bergelar ibu.

Mereka menasihati Eyna supaya menjaga pemakanan lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang untuk mengelakkan risiko komplikasi selepas melahirkan seperti jangkitan, pendarahan yang berlebihan dan kemurungan selepas bersalin.

BERITA TRENDING: Selepas Sebulan Bergelar Ibu Bapa, MK K-Clique & Ister

​BERITA TRENDING: Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak -

​BERITA TRENDING: Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

​BERITA TRENDING: Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di

“Saya pun pernah makan sushi ni dik sebab terpengaruh, akhirnya kena bentan. Sakit gila. Apa-apa pun ikut badan, kalau tahan makan je lah. Tak salah pun.

“Pengalaman saya yang tidak berpantang, sila lah ikut pantang ya adik-adik.

“Menangis mak-mak dekat kampung tengok ni. Pantang lebih baik, badan nak pakai lama untuk suami. Sebab tu penting pantang semasa bersalin.

“Pantang lebih baik. Badan nak pakai lama dik untuk husband sebab tu pnting pantang semasa bersalin,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah mendapat sebanyak 2.7 juta tontonan di platform TikTok.

#Netizen #makan #Pantang #Tegur #Sushi
;