Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak bakal menemui penonton selama 10 episod mulai 19 Januari ini.

Mengangkat hantu yang sinonim dengan masyarakat melayu iaitu pontianak, drama ini mengisahkan seorang playboy bernama Malik lakonan Ikmal Amry yang diburu oleh bekas teman wanitanya, Bella lakonan Elizabeth Tan kerana bermain kayu tiga.

Malik terkejut apabila mengetahui Bella sebenarnya ialah seekor pontianak dan dia mendapatkan bantuan Suraya lakonan Raysha Rizrose, seorang pemburu pontianak yang mempunyai misi tersendiri untuk menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baharu.

Sebelum menonton drama Gempak Originals Series ini bermula esok, jom semak 9 fakta menarik tentang Ex Aku Pontianak.

  1. Pelakon Raysha Rizrose yang memegang watak sebagai Suraya akui gementar untuk melakukan aksi lagak ngeri sendiri di set penggambaran. Namun Raysha berjaya menyahut cabaran dan tampil berani demi menjiwai watak yang diberi.

  2. Sewaktu tempoh penggambaran masih lagi berjalan, Raysha turut diberikan cuti selama beberapa hari membuat persediaan dan menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, Uqasha Senrose.

  3. Untuk makluman, pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy sebenarnya tidak tahu membawa kereta serta tidak pernah memiliki lesen memandu. Oleh hal yang demikian, penulis skrip terpaksa menukar babak yang memerlukan Lizzy untuk memandu kereta kepada babak menaiki Grab.

  4. Setiap kali Lizzy perlu menjalani babak minum air darah, beliau sering berjenaka yang dia akan mendapat penyakit kencing manis selepas itu kerana bahan prop darah tersebut mengandungi kandungan gula yang tinggi dan sangat manis.

  5. Pelakon dan model yang juga merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry pernah berlakon di bawah arahan sutradara Shamyl Othman untuk drama siri ‘Gantung’.

  6. Datuk Malek Noor amat disenangi ramai sewaktu di set penggambaran kerana sering menceriakan suasana dengan keletahnya. Beliau juga suka mengeluarkan dialog-dialog spontan yang mencuit hati.

  7. Drama rantaian ‘Ex Aku Pontianak’ merupakan drama bertama lakonan pendatang baru, Maya Hanum yang menjayakan watak sebagai Fifi.

  8. Nabil Zakaria yang memegang watak sebagai seorang pendandan rambut bernama Amran mendapat tunjuk ajar tentang teknik mendandan rambut gaya braid daripada pasukan make-up.

  9. Kebanyakan hari penggambaran akan mengambil masa sehingga semalaman untuk diselesaikan. Oleh itu, para pelakon akan berehat dan tidur dahulu sementara menunggu. Apabila tiba giliran, mereka harus mencuci muka dan touch up semula agar nampak segar.



​Jangan lupa saksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Januari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).

Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.