Laman Utama

Penampilan Dikritik, Wany Hasrita Pertahan Prinsip - "Orang Nak Tengok Cantik & Mesra TV"

gempak
Zulaikha Yusof
18/01/2021
00:20 MYT
Sponsor Banner
Penampilan Dikritik, Wany Hasrita Pertahan Prinsip - "Orang Nak Tengok Cantik & Mesra TV"
Penyanyi Wany Hasrita akui lebih berhati-hati dalam memilih pakaian selepas menerima kritikan hebat daripada warganet ketika tampil dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35).
Kata Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, dia masih mengekalkan identiti dirinya tetapi tetap kelihatan cantik serta mesra penonton di kaca televisyen.
"Kali ini saya akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian. Bagi saya, yang paling penting saya selesa pakai dan sebenarnya saya perlu mengambil komen-komen orang juga.
"Orang nak tengok cantik dan mesra TV.. Jadi kita kena cari juga pakaian yang orang pandang nampak cantik dan sesuai. Benda ini saya masuk dalam senarai pemilihan pakaian.
"Tak semestinya kita kena ikut diri kita saja kan dan pemilihan pakaian. Insya-Allah masih mengekalkan diri saya sebagai Wany Hasrita tapi akan lebih dilihat mesra penonton," katanya kepada Gempak.
Wany ditemui ketika majlis ramah mesra Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang diadakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dalam pada itu, pelantun lagu Canggung ini menyatakan dia tetap dengan pendirian yang tidak mahu memakai pakaian yang ketat dan mengikut bentuk badan.
"Saya ada juga minta pendapat stylish untuk seimbangkan dengan konsep. Tapi apa yang patut saya rasa ini adalah Wany, tak perlu diubahlah.
"Macam saya memang tak suka pakai ketat sangat dan taknak ikut bentuk badan," katanya lagi.
Sebelum ini, gaya tudung Wany mendapat perhatian kerana kelihatan janggal selain disamakan dengan pakaian mandi muslimah iaitu burkini.
BACA: Disamakan Seperti 'Nun', Lampin Pakai Buang & Burkini, Gaya Wany Hasrita & Aina Abdul Jadi Bahan Troll Netizen!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live