,
Hiburan

Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

Umirah Halim
23/08/2024
00:55 MYT

Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai warganet yang mengusik penyanyi, Syamel.

Dakwa netizen, bekas peserta Akademi Fantasia itu membuat pembedahan plastik bagi merubah wajahnya untuk tampil lebih kacak.

Nafi buat pembedahan plastik

Syamel ketika ditemui bagaimanapun menafikan khabar angin tersebut.

Namun, mengakui tertarik untuk membuat pembedahan plastik pada wajahnya.

“Banyak benda saya nak buat juga (pembedahan plastik) tapi ada yang dengki, cuma benda itu tidak betul lah.

“Benda pertama saya mahu buat, saya akan buat hidung,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Tambah pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu, tiada apa yang mahu disorokkan mengenai imejnya dan mengakui hanya berdandan seperti biasa sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

“Kalau saya di on-stage saya makeup seperti biasa, buat rambut seperti biasa dan ini lah saya.

“Kalau di luar pula saya okay dengan mask atau tak pakai mask sebab tiada apa yang mahu saya sorokkan, saya juga tidak kisah untuk post muka saya waktu dahulu dan sekarang," tambahnya.

BERITA TRENDING: Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”
BERITA TRENDING: Takut Terjebak Isu Penyondol, Ini Cara Syamel Jaga Rumah Tangga Bersama Ernie Zakri!
BERITA TRENDING: "Pendidikan Penting!" - Syamel Berpegang Prinsip Orang Tua-Tua, Boleh Teruskan Minat Tapi Ada Back Up Plan
BERITA TRENDING: “Thank You So Much Sayang…” - Ernie Zakri Tak Sangka Dapat Tonton Konsert Beyonce, Paling Special Pergi Dengan Suami

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Syamel ketika ditemui di sidang media lagu terbaharunya berjudul Hamba Cinta di Jao Tim, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, bercakap mengenai single ciptaannya bersama Yusuff Khan, Adam Armi dan Adly Kiddy itu Syamel berkata,

single Hamba Cinta adalah permulaan kepada transisi besar yang berlaku kepada perjalanan seni memandangkan kini bernaung di bawah syarikat rakaman, Warner Music Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, mereka merancang mahu menerbitkan album penuh bagi melengkapkan profil seninya.

Antara lagu-lagu bakal dimuatkan dalam album berkenaan terdiri daripada pelbagai genre seperti pop rock, r&b, pop jazz, selain lagu balada yang sudah sebati dengan dirinya sejak memulakan karier seni.

"Selain sibuk mempromosikan single Hamba Cinta, saya juga sedang sibuk mengumpul dan menerbitkan bahan baharu untuk album.Semua ini perlukan masa dan saya tak mahu tergesa-gesa menerbitkan tanpa persediaan.

"Saya gembira syarikat rakaman memberikan kebebasan untuk berkarya dan banyak kelainan akan diberikan demi memastikan peminat puas dengan karya baharu," katanya.

Berani memberikan kelainan, single Hamba Cinta turut hadir dengan versi dangdut sebagai memenuhi kehendak semasa.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Hiburan

Abby Abadi Rasa Rindu Bila Peluk Model Persis Wajah Anak - “Tiba-Tiba Datang Rindu”

gempak
11/09/2024
23:55 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.
Berita

“Kalau Nak Kata Kuala Lumpur Tak Selamat Mesti Ada Bukti & Kajian Terperinci” - Datuk Bandar KL

gempak
25/08/2024
21:00 MYT
Satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengkaji struktur tanah di sekitar kawasan Masjid India, di sini, bagi memastikan kawasan itu selamat.
Hiburan

Rozita Che Wan Sakit Mata Lihat Wanita Tak Bersiap - “Pantang Tengok Keluar Rumah Rambut Basah”

gempak
24/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan berpendapat amalan penjagaan diri dan penampilan amat penting bagi setiap wanita.
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.