Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penangan Nama Di Ending Kredit Deadpool & Wolverine, Zizan Terkejut Orang Mula Beri Gelaran Supehero - “Saya Keluar Pergi Kedai Makan..”

Umirah Halim
29/07/2024 12:55 MYT

Selepas namanya tersenarai di dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine, pelawak Zizan Razak akui berasa terkejut dengan penangan yang diterima.

Diberi Jolokan Deadpool Malaysia

Zizan berkata, selepas hantaran tersebut tular dia sering mendapat jolokan Deadpool daripada orang ramai.

“Saya pun taktahu macam mana nama saya boleh kat situ tapi sekarang kesan dia mengejutkan saya, saya keluar pergi kedai makan ada orang panggil Deadpool, Zizan Deadpool, ia memberi kesan juga kepada penampilan saya.

“Tapi saya taktahu siapa punya kerja tu yang meletakkan nama saya sebagai Deadpool Malaysia,” katanya ketika ditemui Gempak.


BERITA TRENDING: “Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

BERITA TRENDING: "Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini


Sedia terima tawaran

Sementara itu, Zizan turut sedia menerima sekiranya diberikan tawaran untuk berlakon bersama Marvel.

“Kalau ditawarkan untuk berlakon dengan Marvel semestinya saya terima.

“Tapi saya menanti Cicakman seterusnya daripada Yusry tapi takpe betul tak betul sekurangnya nama saya dah ada di Marvel,” tambahnya.


BERITA TRENDING: Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool &

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Muat Naik Ucapan Hari Jadi Buat Ruhainies -


Terdahulu tular sebuah hantaran memaparkan nama Zizan sebagai Deadpool Malaysia di ending credit filem Deadpool & Wolverine.

Selain Zizan, nama artis lain yang turut tersenarai termasuklah penyanyi Korea popular, Jennie BLACKPINK.

#Zizan Razak #Superhero #Deadpool #Ending Kredit #Wolverine