Berita

“Penatlah Handle Budak Nakal…”- Tasha Manshahar Dedah Pernah Mengeluh Dengan Kerjaya Guru, Tapi…

gempak
Syafiqah Jalal
12/02/2020
08:53 MYT
Sponsor Banner
“Penatlah Handle Budak Nakal…”- Tasha Manshahar Dedah Pernah Mengeluh Dengan Kerjaya Guru, Tapi…
Penyanyi Tasha Manshahar dedah pernah mengeluh dengan pekerjaannya sebagai guru.
Menurut Tasha dia penat melayan kerenah pelajar dan dalam masa yang sama perlu menjalankan tugas sebagai seorang ibu.
“Ada satu masa saya mengeluh penatnya jadi cikgu. Penatlah mengajar. Penatlah handle budak nakal. Penatlah tanda buku. Penatlah buat ringkasan. Kena pam susu in between classes lagi. Penatlah,” tulisnya. Tasha meluahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Namun Tasha berkata dia akhirnya menyedari tiada pekerjaan yang mudah sebaliknya dia perlu bersyukur.
“Tapi bila fikir balik, bukan saya sahaja yang penat. Semua orang penat. Setiap pekerjaan ada cabaran tersendiri.
“Malah suri rumah lagi penat! Semua orang penat. Bezanya kita syukur atau tidak dengan nikmat penat tu,” katanya lagi.
Tasha Manshahar mendirikan rumah tangga dengan Raqib pada 8 September 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Muamar Rafiqi pada Jun tahun lalu.
There are times saya mengeluh penatnya jadi cikgu. Penatlah mengajar. Penatlah handle budak nakal. Penatlah tanda buku. Penatlah buat ringkasan. Kena pam susu in between classes lagi. Penatlah. _ But bila fikir balik, it's not only me yang penat. Semua org penat. Setiap pekerjaan ada cabaran tersendiri. Even yg full time housewife lagi penat! Semua orang penat. Bezanya kita syukur atau tak je dengan nikmat penat tu. _ Dulu sebelum posting, I was really afraid of sekolah mana yg saya akan posting. Melaka BUKAN negeri pilihan saya. Also I didnt expect yang saya akan dihantar bertugas di Sekolah Rendah Arab. But indeed, Allah is the best planner. Banyak sangat hikmah. Sekolah saya kecil, tepi sawah. Nampak macam biasa tapi sebenarnya luarbiasa. Kawan-kawan sekolah sporting, happening. Barisan pentadbir hebat. Staff-staff sokongan baik. Saling membantu, saling memerlukan, saling memajukan. Alhamdulillah untuk nikmat dikelilingi orang-orang yang baik. I'm proud that I'm a teacher. _ Video ni masa jalan kaki dengan kawan-kawan cikgu dari sekolah nak ke checkpoint jaga murid merentas desa pagi tadi. Bakar kalori sikit ?
A post shared by @ tashamanshahar on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live