Sekilas
- Pelakon Oktovia Manrose mengumumkan kelahiran cahaya mata lelaki pada 23 November lalu menerusi Instagram.
- Oktovia turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan suami atas sokongan dan dorongan sepanjang tempoh kehamilan.
- Beliau mempunyai tiga anak hasil dua perkahwinan, termasuk seorang anak lelaki dari perkahwinan terdahulu dan dua anak dari perkahwinan terkini dengan pemain bola sepak Mohamad Khairul Efsan Md Isa.
Pelakon, Oktovia Manrose mengumumkan dirinya baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada Isnin lepas.
Berita gembira tersebut dikongsikan Oktovia sendiri menerusi laman Instagramnya.
“Tabarakallah. Alhamdulillah, pada 23 November, putra kami baru sahaja dilahirkan. Saya sangat bersyukur,”tulisnya.
Dalam masa sama, pelakon drama Dendam Aurora itu turut merakamkan penghargaan buat keluarga tercinta yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan buatnya.
“Di sebalik setiap harapan yang kuat, ibu bapa adalah sistem sokongan yang lebih kuat. Hanya Allah sahaja dapat membalas segalanya. Adik ipar saya dan suami saya yang tersayang.
“Tiada apa yang lebih penting melainkan orang yang tepat di setiap penjuru sambil membawa cinta dalam hidup. Sangat hargainya,”ujarnya.
Sekadar info, Oktovia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011,namun bercerai pada 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain.
Oktovia kemudiannya berkahwin pula dengan pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Md Isa pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan seorang cahaya mata lelaki