Skip to main content

Hiburan

Tetap Dengan Pendirian, Haidar Hasanudin Enggan Kongsi Hal Peribadi Kepada Umum - “Saya Mohon Semua Menghormati…”

Haidar Hasanudin

Sekilas

  • Haidar Hasanudin memilih untuk tidak berkongsi kehidupan peribadi termasuk hal keluarga demi melindungi mereka daripada sebarang kontroversi sepanjang kerjayanya dalam industri hiburan.
  • Pelakon berusia 37 tahun itu lebih selesa menggunakan media sosial untuk berkongsi tentang projek dan karya seni sahaja, tanpa mendedahkan hal peribadi.
  • Haidar berharap semua pihak menghormati privasinya dan memahami tanggungjawabnya menjaga keluarga serta mengekalkan pendirian tersebut.
Advertisement

Pelakon Haidar Hasanudin tetap dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi mengenai kehidupan peribadi termasuk hal membabitkan keluarga sebaik mula bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air.


 

Advertisement

Haidar, 37, berkata keputusan itu dibuat kerana enggan ahli keluarga atau orang terdekat terkena tempias jika timbul kontroversi sepanjang perjalanan kerjayanya.


 

“Sejujurnya, apabila saya membuat keputusan untuk berada dalam industri seni, saya pilih untuk memberikan sepenuh komitmen kepada bidang lakonan.

Advertisement


 

“Saya memang menetapkan pendirian untuk tidak mendedahkan hal peribadi, sama ada membabitkan keluarga atau perkara lain.


 

“Apabila kita bercerita mengenai hal peribadi termasuk keluarga sendiri, saya tidak mahu mereka turut terkena tempias sekiranya berlaku sesuatu perkara.


 

“Dalam industri ini, kita tidak boleh lari daripada kontroversi. Hari ini mungkin semuanya baik-baik sahaja, tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan,” katanya kepada Gempak.


 

Haidar ketika ditemui pada sidang media drama terbitan Viu Original, Wali Dalam Tangisan di LMP Events Hall, Petaling Jaya, pada Rabu.


 

Dalam pada itu, Haidar berkata, dia lebih selesa menjadikan media sosial sebagai medium berkongsi kerjaya dan karya seni berbanding hal peribadi.


 

“Saya mahu kerjaya dan media sosial saya hanya tertumpu kepada projek atau karya yang sedang saya jayakan, bakal ditayangkan atau sedang ditayangkan.


 

“Bagi hal peribadi, saya tetap berpegang kepada prinsip untuk tidak berkongsi atau mempamerkannya kepada umum, bukan sahaja demi diri sendiri, tetapi juga bagi menghormati perasaan dan kepentingan pihak lain,” katanya.


 

Pelakon yang pernah popular menerusi Cinta Dalam Sekam itu turut berharap semua pihak dapat menghormati privasinya, selain memahami tanggungjawabnya untuk melindungi keluarga.


 

“Saya memohon semua pihak menghormati keputusan saya untuk terus mengekalkan pendirian itu. Bagi saya, privasi tetap privasi dan itu juga hak saya.


 

“Sebagai seorang pelakon atau individu yang bekerja di hadapan kamera, saya harap semua pihak dapat menghormatinya kerana saya juga perlu menjaga keluarga masing-masing,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement