Viral
Penceramah Bebas Naik Lamborghini, Netizen: “Kalau Ceramah Kata Harta Tak Bawa Mati”
Seorang penceramah bebas Indonesia, Gus Iqdam sedang mencuri perhatian masyarakat selepas sepotong video dirinya hadir ke sebuah majlis agama menaiki kereta mewah.
BERITA TRENDING: Video Gus Miftah Tarik & Tepuk Badan Penjual Air Teh Buat Netizen Berang - “Kasar Sama Orang Tua, Tiada Adab!”
Gus Iqdam terkenal sebagai pendiri Majelis Ta'lim Sabilu Taubah (ST) itu hadir menaiki kereta jenis Lamborghini.Menerusi video yang tular di X, penceramah bebas yang baru berusia 30 tahun itu dilihat keluar daripada kereta Lamborghini berwarna jingga dan bersalaman dengan orang ramai.
Lantaran itu tindakan Gus Iqdam yang menjadi idola ramai masyarakat republik tersebut dipersoalkan kerana sebagai ahli agama sepatutnya dia menunjukkan sikap bersederhana seperti tidak mempamerkan harta benda dan kekayaan sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
“Naik Lamborghini ke majlis agama, nikmat dunia mana yang kamu dustakan," tulis pemilik akaun @TukangBeda, seperti dilaporkan InsertLive.
“Wkwkwk kalau ceramah kata harta tidak dibawa mati," komen pengguna X lainnya.
BERITA TRENDING: Penceramah Bebas Biadab, Malukan & Gelar Penjual Minuman Di Majlis Agama Bo*oh
Sementara seorang lagi menulis: “Banyak ustaz, kyai bilang, 'jangan terlalu kejar duniawi, hidup biasa aja layaknya orang sederhana'. Meanwhile ustaz dan kyai yang ke sana ke mari naik kereta mahal.”BERITA TRENDING: Penumpang Wanita Tolak ‘Offer’ PU Riz Nak Bagi ‘Window Seat’ Dalam Flight - “Sungguh Melucukan Bagaimana Seseorang…”
Sebelum ini menerusi wawancara di YouTube AFID ST Pusat pada 8 November 2024, Gus Iqdam mengaku tidak pernah meletakkan nilai atau harga setiap kali memberi ceramah.Dia mengatakan menerima berapapun (harga) yang diberikan kepadanya.
“Memang ada yang memberi tapi saya tidak pernah meletakkan harga untuk setiap ceramah saya,” katanya.
Must-Watch Video