Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

Gempak
22/07/2024 13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.

BERITA TRENDING: Penceramah Mama Ghufron Dakwa Video Call Malaikat Maut, Netizen Tanya: “Malaikat Ada Telefon?”

Malah ceramah Mama Ghufron itu turut mengandungi kandungan pelik antaranya dia mendakwa boleh bercakap dengan malaikat, serta boleh berkomunikasi dengan semut.

Lelaki itu memohon maaf menerusi sebuah saluran YouTube dipercayai diadakan di Pesantren Uniq Nusantara Pancasila di tempat dia mengajar.

Menerusi klip yang berdurasi 2 minit 19 saat itu, Mama Ghufron yang didampingi tiga individu lain menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada masyarakat.

"Saya dari Pondok Pesantren uniq Nusantara Pancasila mohon maaf yang sebesar-besarnya, atas klip kontroversi ceramah saya sebelum ini," kata Abuya Mama Ghufron atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Ghufron Al Bantani pada Jumaat.

Susulan kontroversi berkenaan, Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan dan akan memperhalusi secara mendalam berhubung ceramah kontroversi lelaki tersebut.

BERITA TRENDING: "Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah" - Mawi Dedah Kisah Mistik Penggambaran Zim Zim Ala Kazim

BERITA TRENDING: Ustaz Solmed Sedia Jual Rumah Mewah Lengkap Pam Minyak Mini RM24 Juta: “Kalau Ada Yang Serius…”

BERITA TRENDING: Penceramah Bebas Didakwa Lagi Atas Tuduhan Rogol Remaja

Sumber: Agensi
#Viral #Indonesia #Penceramah #maaf #Semut #Malaikat #Mama Ghufron