Viral
Penceramah Mama Ghufron Dakwa Video Call Malaikat Maut, Netizen Tanya: “Malaikat Ada Telefon?”
Sosok penceramah bebas dengan nama Mama Ghufron sedang membuat ahli agama di Indonesia ‘tidak senang duduk’.
Hal ini lantaran beberapa potong video dirinya sedang memberi ceramah namun disifatkan penyampaian isi agama yang diberikan menyimpang daripada landasan Islam yang sebenar.
Video call
Salah satu video yang menjadi sensasi di internet adalah dakwaan Mama Ghufron berhubungan menerusi telefon dengan Malaikat Maut atau Izrail serta berdialog dengan Malaikat Israfil.
“Malam tadi sesudah solat jam 2 pagi saya berdialog dengan Malaikat Israfil, langsung,” katanya seperti dilihat dalam video yang tersebar.
Sementara pada potongan video lain, Mama Ghufron mengatakan telah melakukan video call dengan Malaikat Maut.
“Contohnya ada yang meninggal, saya video call dengan Malaikat Maut, sebaik nyawa diambil sambil tatap muka,” dakwanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Buat Live TikTok Dengan Nikita Mirzani, Netizen Terhibur: “Kau Cuy Kan Je”
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’, 4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik
ARTIKEL BERKAITAN: Selain Mahalini, Rizky Febian Juga Ikut Buat Pembedahan Hidung
ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk Kampung Beratur Minum Air Rendam Kaki Haji, Hajah
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati
Selain mendakwa boleh berhubung dengan malaikat, Mama Ghufron menerusi video lain mendakwa mampu berkomunikasi dengan semut dan jin, lapor CNNIndonesia.
Untuk mengekang aliran agama yang boleh menyesatkan itu, pihak Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan segera mengambil tindakan.
Malah Ahli MUI dalam Bidang Dakwah, Cholil Nafis menerusi cuitan di X menyifatkan ceramah Mama Ghufron sebagai telah menyimpang dari agama.
“Ini orang tidak benar. Semua urusan jawabnya maqali, termasuk sabda Nabi SAW. Tak jelas ajaran apa ini.
“Soal mati itu tentang keimanan dan amal perbuatan yang akan menjadi bekalnya. Mana ada video call-an segala. Lihat video-videonya banyak indikasi penyimpangan ajaran agama Islam," kata Cholil.
Ceramah yang disifatkan keluar dari landasan agama ini turut mendapat kritikan dalam kalangan netizen.
Malah ada yang menulis dengan sinis: “Malaikat ada telefon?”
Malah ramai yang meminta memiliki pondok pesantren bernama Ponpes Uniq Nusantara di Jawa Timur itu bertaubat.
Must-Watch Video