,
Terkini

Pencipta Biskut Famous Amos Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Awani
15/08/2024
07:25 MYT
Sepanjang hayatnya, Amos juga aktif dalam mempromosikan literasi, termasuk menyediakan bilik bacaan di kedainya dengan sejumlah koleksi buku yang disumbangkan.
Beliau juga menulis lapan buah buku, menjadi jurucakap untuk Literacy Volunteers of America selama 24 tahun selain aktif memberi ceramah motivasi.
Pada tahun 1991, Presiden George H.W. Bush menganugerahkan beliau Anugerah Literasi atas sumbangannya.
Dalam bukunya, Man With No Name: Turn Lemons Into Lemonade, Amos mendedahkan bagaimana dia kehilangan pemilikan jenama Famous Amos sebelum ia dijual dengan harga AS$63 juta kepada sebuah syarikat Taiwan pada tahun 1991.
Meskipun jualan yang kukuh, perniagaannya mula merosot pada tahun 1985, dan Amos membawa masuk pelabur luar yang akhirnya menyebabkan dia kehilangan keseluruhan pemilikan syarikat tersebut.

"Pemilik baharu menguasai lebih banyak bahagian saya sehingga tiba-tiba saya mendapati saya telah kehilangan semua pemilikan dalam syarikat yang saya asaskan.

“Tidak lama kemudian, syarikat itu telah menukar pemilikan sebanyak empat kali", tulis beliau.
Mendiang Amos dilahirkan di Tallahassee, Florida dan berpindah ke New York pada usia 12 tahun selepas perceraian ibu bapanya.
Di New York, beliau tinggal bersama seorang ibu saudara, Della Bryant yang mengajarnya cara membuat biskut coklat.

BERITA TRENDING: Dr Say Maklum Anak Kedua Masih Trauma Selepas Insiden Maid Bawa Lelaki Warga Asing Masuk Rumah - “Bila Sebut CCTV, Dia...”

BERITA TRENDING: “Sedekahkan Al-Fatihah Bila Saya Sudah Tiada…” - Nidza Afham

BERITA TRENDING: Abang Ipar Nidza Afham Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Tidak Benar - “Berkatalah Benda-Benda Yang Baik”

BERITA TRENDING: Kakak Aufahanie Dedah Nidza Afham Pernah Cakap Mahu Jadi Terkenal - “1 Malaysia Kenal Sekarang Tapi Bukan Macam Ini”

Dia kemudiannya berhenti daripada sekolah menengah untuk menyertai Tentera Udara sebelum bekerja sebagai kerani bilik surat di agensi William Morris.
Bersama agensi itu, mendiang menjadi ejen bakat, bekerja dengan The Supremes, Simon & Garfunkel dan Marvin Gaye sebelum meminjam AS$25,000 untuk melancarkan perniagaan biskutnya.
Menurut anak mendiang, Shawn Amos, bapanya merupakan ejen kulit hitam pertama dalam perniagaan itu.

“Ayah kami mengajar kami tingginya nilai kerja keras, percaya pada diri sendiri dan mengejar impian kami.

"Kami juga tahu dia akan menyukainya jika anda mempunyai biskut coklat hari ini," katya anak-anak mendiang Amos lagi.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Belasungkawa: Selamat Berpulang Ke Negeri Abadi Ahmad Nawab, Malaysia Truly Asia Kekal Jadi Legasi

gempak
25/11/2024
04:55 MYT
Seorang lagi pesohor dan legenda dunia hiburan yang cukup disegani dan telah memberi bakti terutama dalam bidang muzik, menutup mata.
Berita

Hetty Koes Endang Beri Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Ahmad Nawab, Kongsi Momen Terindah Sepanjang Rakam Lagu Bersama

gempak
25/11/2024
02:25 MYT
enurut Hetty, 67, arwah sentiasa memuji nyanyiannya sepanjang sesi rakaman lagu di studio.
Hiburan

Ahmad Nawab Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

gempak
24/11/2024
10:45 MYT
Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Unitar